7 Langkah Diet Dan Permakanan Seimbang

Untuk menggalakkan permakanan seimbang ikuti panduan berikut:

1. Kanak-kanak tidak seharusnya diberi hadiah manisan atau gula-gula sekiranya berjaya menghabiskan makanan utama kerana ini mengajar mereka mengutamakan gula-gula dari makanan seimbang.

2. Makanan keluarga haruslah berdasarkan sajian makanan seimbang dan sihat mengikut piramid makanan.

3. Setiap orang perlu memastikan pengambilan makanan yang betul.

4. Ibu bapa perlu mengehadkan jangka masa menonton televisyen dan menghadap komputer.

5. Remaja digalakan membuat catatan makanan seimbang. Diari makanan meliputi kuantiti dan jenis makanan di samping tempat, masa dan bersama siapa.

6. Makan di meja makan di waktu yang tepat.

7. Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit.

Share artikel ini untuk kebaikan bersama.