Pencapaian Kerjaya


- 23 Dec 16
View 76 : Today 1
Pencapaian dalam kerjaya adalah isu penting di dalam kehidupan seseorang terutamanya golongan remaja:

  • Pencapaian akademik yang cemerlang amat penting untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
  • Minat dan kelayakan akademik anda, akan menentukan bidang yang anda pilih

 

Advertisement

Apakah yang mempengaruhi pencapaian kerjaya anda?

  • Personaliti
  • Nilai / prinsip hidup
  • Bakat
  • Creativity
  • Minat
  • Kelayakan akademik
  • Status dalam masyarakat
  • Pengaruh keluarga
  • Sokongan sosial daripada:
    • Keluarga
    • Rakan sebaya
    • Persekitaran sekolah
    • Organisasi

Bagaimana persediaan anda untuk mencapai kerjaya?

Anda hendaklah:

  • Rajin belajar untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang
  • Meneroka pilihan-pilihan yang ada dan diminati
  • Membina kemahiran berkaitan dengan kerjaya yang dipilih
  • Berbincang dengan individu yang terlibat dengan kerjaya pilihan anda, dan sekiranya ada peluang buat lawatan ke tempat kerja mereka
  • Membuat pembacaan lanjut mengenai kerjaya pilihan anda
  • Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, kaunselor atau guru dan kawan-kawan

 

Bagaimana anda boleh memastikan pencapaian kerjaya yang cemerlang?

Anda mesti:

  • Peka dengan isu-isu semasa berkaitan dengan pembangunan kerjaya.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan.
  • Membangunkan kemahiran yang bersesuaian:
    • Celik komputer
    • Mahir dalam multimedia
    • Mahir berkomunikasi
    • Berkebolehan berhubung dengan masyarakat
    • Mahir menyelesaikan masalah
    • Kreativiti
  • Menguasai pelbagai bahasa.
  • Mengetahui isu-isu dunia.
  • Mengetahui peluang kemajuan pekerjaan.
  • Tingkatkan kesedaran berkenaan hubungan antara ciri peribadi, nilai dan kemahiran dan kepuasan kerjaya
  • Fahami peranan utama akademik dalam membantu proses pemilihan kerjaya
  • Kumpul maklumat tentang pilihan dalam bidang kerjaya yang diminati
Advertisement