4 Peraturan Asas Kepada Seks Kasual Bersama Pasangan


- 23 Dec 16
View 1,110 : Today 1

Walaupun ramai lelaki yang tidak tahu, terdapat peraturan asas terutama jika anda ingin terlibat dalam seks secara kasual.

Selain dari memperolehi kepuasan daripada perlakuan seks anda dengan pasangan, terdapat juga beberapa etika yang harus anda patuhi untuk mendapatkan seks kasual yang meemberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Berikut adalah beberapa peraturan yang harus anda ikuti untuk memastikan hubungan seks kasual anda ini berjaya.

Advertisement

1. Jadikan Diri Anda Lebih Terbuka

Apa yang menjadikan kasual seks ini menarik adalah anda lebih terbuka untuk mencuba apa sahaja pengalaman yang baru bersama pasangan tanpa sebarang kekangan.

Gunakan ia sebagai peluang untuk anda merasai, mempelajari dan bereksperimen  – ia boleh menjadi sebagai latihan sebelum anda berjaya melakukannya dengan betul.

2. Mencari Kepuasan Anda

Mungkin anda teringin untuk mencuba sesuatu di dalam bilik tidur tapi anda terlalu malu untuk bertanya kepada pasangan anda mengenainya.

Melalui seks kasual anda boleh bersikap lebih terbuka bersama pasangan kerana anda tidak perlu bimbang mengenai persepsi mereka selepas ini.

3. Hilangkan Diri Anda

Jangan berlagak seperti anda suami kepada pasangan anda, bukankah kasual seks semuanya adalah mengenai melupakan sementara peranan anda berdua sebagai suami isteri.

Anda hanya perlu untuk berlagak biasa seperti anda berdua saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Ini adalah sekadar untuk anda mendapat kepuasan seksual.

4. Lepaskan Segala-Galanya

Sekarang inilah masanya untuk anda melakukan kesemuanya di dalam bilik tidur – fokus pada kepuasan anda dan pasangan ketika ini untuk manfaat yang lebih menarik.

Berterus-terang dan jujur dengan pasangan anda dan beritahu mereka mengenai fantasi liar anda agar mereka dapat memanfaatkan ia bersama anda ketika ‘foreplay’ nanti.

Advertisement