4 Tips Untuk Melakukan ‘Foreplay’ Yang Menyeronokkan Bersama Pasangan


- 23 Dec 16
View 3,511 : Today 3

Foreplay adalah aktiviti yang menarik sebelum sebarang adegan seks tidak kira bagi lelaki mahupun wanita. Ia membantu untuk meransang anda ke tahap yang lebih hebat sebelum memulakan acara utama.

Gunakan kreativiti anda untuk menambah stimulasi seksual kepada pasangan anda selagi anda berdua mampu untuk menanganinya bersama.

Berikut adalah beberapa taktik foreplay yang sesuai untuk anda lakukan sebelum mula berhubungan seks.

Advertisement

1. Berikan Aksi “Striptease” Pada Pasangan

Aksi ‘striptease’ adalah sesuatu yang sangat seksi pada mata lelaki – begitu juga dengan wanita. Mungkin jika anda malu untuk meminta pada pasangan anda, anda sendiri boleh memulakannya dahulu.

Lakukan aksi-aksi yang mengghairahkan ketika menanggalkan pakaian anda – satu persatu dengan perlahan-lahan. Ia akan menjadikan anda berdua gila untuk bersama satu dengan yang lain.

2. Hidupkan Muzik Dan Berseronok

Anda juga boleh menggunakan muzik untuk menggoda pasangan anda ke bilik tidur – hidupkan muzik sambil mengajaknya untuk menari bersama anda.

Tarian boleh menjadi suatu yang seksi pada pandangan wanita jadi masuklah kelas tarian dan jadikan diri anda lincah untuk menambat hati pasangan anda.

3. Hantarkan Teks Yang Seksi

Jadilah suami yang nakal sekali sekala dan hantarlah mesej-mesej yang berbaur lucah pada isteri anda – pasti ia akan membangkitkan keghairahan mereka dengan serta-merta.

Kadangkala wanita ini kuat berimaginasi oleh itu mesej-mesej tersebut akan dengan segera mencetuskan fantasinya untuk bersama anda nanti. Taktik mujarab ni!

4. Ganggu Dia Dengan Ciuman

Pernahkah anda mengejutkan isteri anda yang sedang leka melakukan sesuatu dengan ciuman? Percayalah kerana ia sangat berkesan untuk membangkitkan keinginan mereka.

Wanita menganggap ciuman ini sebagai salah satu perkara intim yang sangat diingininya bersama suami tercinta – jadi balik kerja nanti bolehlah kejutkan mereka dengan ciuman ya.

Advertisement