Pembangunan Sosial


- 23 Dec 16
View 54 : Today 1

Apa itu pembangunan sosial?

Advertisement

Pembangunan sosial adalah satu proses yang mana seseorang memperoleh identiti dan tingkah laku daripada masyarakat.

 Apakah yang berlaku semasa pembangunan sosial?

  • Belajar menerima tanggungjawab baru
    • Tanggungjawab fizikal:
      • Senaman, kecergasan dan rekreasi
      • Mengambil makanan mengikut saranan piramid makanan
      • Mengambil makanan ringan yang sihat
    • Tanggungjawab sosial (Contoh kerja berpasukan, menyayangi rakan)
    • Tanggungjawab pembelajaran (Contoh belajar berkumpulan)
    • Tanggungjawab terhadap keluarga

    Membentuk dan memahami peranan baru diri sendiri dan orang lain. Ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan tanggungjawab dan fungsi yang akan menyebabkan timbulnya konflik. Membentuk perhubungan yang baru.

 

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sosial?

  • Budaya dan struktur sosial
    • Sikap dan tingkah laku di dalam sesuatu budaya akan membentuk pembangunan sosial. Anda akan membesar mengikut bentuk amalan dan pengharapan masyarakat.
  • Kemahiran keibubapaan
  • Cara ibu bapa menjaga/mendidik anak-anak mempengaruhi pembangunan sosial remaja:
    • Kemahiran berkomunikasi
    • Kemahiran bersosial
    • Kemahiran hidup seharian (Contoh : penjagaan diri, kemahiran bermasyarakat, kemahiran kekeluargaan)
    • Kemahiran menyelesaikan masalah
    • Kemahiran kerohanian
  • Status kewangan
    • Status kewangan keluarga mempengaruhi aktiviti sosial.
  • Pengaruh rakan sebaya
    • Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembangunan sosial remaja berbanding ibu bapa mereka.
  • Media
    • Media adalah satu daya sosial yang kuat untuk dalam mengubah budaya remaja.

 

Advertisement