8 Kebaikan Seks Kepada Kesihatan Kita


- 23 Dec 16
View 998 : Today 1

Setiap orang mempunyai prespektif masing-masing apabila kita menyebut mengenai seks. Ada orang yang mengelak dari berbicara mengenainya dan ada juga yang terbuka terhadap isu ini. Seks sebenarnya adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalkan dengan betul.

Advertisement

Oleh itu, dalam Islam seks hanya halal kepada pasangan yang sudah berkahwin. Terdapat beberapa kebaikan seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.

 

1. Mengurangkan Berat Badan

Macam-macam alasan untuk bersenam? Jangan terkejut kalau seks juga dianggap sebagai senaman. Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam.

Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam).

Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

 

2. Tingkatkan Kesihatan Jantung

Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat.

Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

 

3. Membantu Tidur lebih Nyenyak

Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres.
Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah.
Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks. 
4. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat.

Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

 

5. Meningkatkan Kesihatan Mental

Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Jawapannya mudah. Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG!

Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun.

Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

 

6. Membantu Melegakan Kesakitan 

Anda mungkin menukar penyataan “Malam ni tak boleh. Sakit kepala ni…” kepada “OK, malam ni jugak sebab I sakit kepala”. Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan. Betapa besarnya kuasa Tuhan!

 

7. Membantu Pengawalan Pundi Kencing

Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel —-> Ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulanglah sebanyak mana yang anda mahu.

 

8. Mencantikkan Kulit 

Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda.

Walaupun terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dikaitkan dengan seks, tetapi sekali lagi, ingin saya tekankan, naluri seks yang disalurkan melalui perkahwinan adalah yang terbaik kerana ianya halal.

Hubungan seks di luar perkahwinan hanya membawa kepada rasa menyesal yang bertimpa-timpa dan tekanan jiwa yang  kebiasaannya dialami oleh pihak wanita. Akibatnya, pembuangan bayi yang tidak berdosa juga akan meningkat. Hanya sekadar luahan hati dari wanita yang bergelar isteri dan ibu…..

Advertisement