6 Cara Memujuk Perempuan Merajuk


- 25 Dec 16
View 940 : Today 4

Perempuan merajuk biasanya sebab korang tak telefon atau sms dia dalam satu hari, cemburu atau korang terlupa tarikh-tarikh penting dia. Biasanya bila perempuan merajuk, dia akan pandang tempat lain, tak ada mood nak bercakap, tanya sepatah jawab sepatah, diam dengan muka masam dan habis mulut dia dimuncungkan.

Advertisement

CARA-CARA NAK PUJUK PEREMPUAN MERAJUK

SENYUM 
Dinasihatkan kalau pasangan korang merajuk, cuba senyum depan dia sambil buat muka seposen. Lagi dia merajuk lagi tu la korang senyum..senyum sampai cecah telinga pun tak apa. Kalau sejam korang senyum,gerenti cair punya..terus tak jadi merajuk. Mungkin kesian tengok korang kot ( padahal dalam hati cakap “apehal laki aku ni senyum-senyum ni, tampar kang)

HANTAR SMS/ WHATSAPP/ WECHAT 
Kalau masing-masing duk jauh, tiba-tiba dia merajuk macam mana? Alah, banyak cara zaman sekarang ni. Kalau telefon dia tak angkat, hantar la sms,whatsapp, wechat ke hape. Jangan la sekadar cakap“Sorry”..nampak sangat tak ikhlas nak pujuk. Gunalah ayat bunga-bunga untuk tunjuk yang korang betul-betul nak minta maaf. Lagi panjang lagi bagus. Malas nak tulis, record je suara korang dan hantar kat dia.

BUAT LAWAK 
Bila tengok dia merajuk, jangan buat dek je. Buat lawak la sekali. Masa dia tengah diam tu, terus je bercakap sambil berlawak. Tapi pastikan lawak korang tu kelakar la. Konpem lepas tu dia akan gelak dengar lawak korang. Gelak dalam hati pun tak pa, yang penting korang tengok muka dia dah ceria.

BELI HADIAH 
Kalau yang tiga cara kat atas tu korang tak buat, apa kata buat surprise dengan beli hadiah? Korang bayangkan masa merajuk tiba-tiba ada orang bagi hadiah. Merajuk entah ke mana dah, terus cair beb. Pastikan hadiah tu hadiah yang dia suka atau idam la. Merajuk hilang, sayang pulak bertambah.

MASUK MEMINANG 
Kalau dia merajuk lama sangat, korang masuk meminang terus. Sebab nak buktikan yang korang betul-betul dah insaf (kalau ada buat salah) dan nak buktikan betapa sayangnya korang kat dia. Tak payah girlfriend lagi, terus masuk minang. Amacam, berani tak?

MERAJUK BALIK 
Bayangkan, bila dia merajuk, korang pulak merajuk balik dengan dia. Kalau sama-sama merajuk, siapa yang nak pujuk? Sepatutnya korang yang pujuk dia, tengok-tengok dia pulak yang pujuk korang..haha. Jangan amal selalu ye, salah seorang mestilah beralah.

 

Advertisement