Kenalpasti Apakah Simptom Awal Diabetes Dan Cara Untuk Mengawalnya


- 23 Dec 16
View 621 : Today 1

Pada mulanya, ramai pesakit tidak dapat mengenali simptom- simptom Diabetes ini. Simptom- simptom ini hanya mungkin boleh diketahui selepas beberapa bulan atau tahun ataupun sekiranya terdapat beberapa komplikasi yang serius.

Advertisement

Terdapat beberapa jenis simptom yang harus dikenalpasti dalam peringkat permulaan penyakit Diabetes untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk lagi:

  • Kekerapan membuang air kecil terutamanya pada waktu malam;
  • Sentiasa merasa dahaga sehingga mengambil hampir 10 gelas air sehari;
  • Selera makan kian bertambah walaupun baru selepas makan;
  • Merasa letih dan lesu;
  • Susut berat badan;
  • Gatal- gatal terutama di bahagian kemaluan
  • Penglihatan yang kabur walaupun memakai cermin mata
  • Luka lambat sembuh terutama sekali di kaki;
  • Jangkitan penyakit kulit;
  • Lidah menjadi kering;
  • Selalu berasa sakit kepala dan loya;
  • Cepat marah dan cepat naik darah;
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian;
  • Tompok- tompok gelap yang muncul di bahagian lipatan badan;
  • Rasa kebas pada telapak tangan dan kaki; dan
  • Kadar gula darah melebihi daripada 180 mg / dL.

Sekiranya terdapat simptom- simptom seperti berikut, maka anda perlulah bersegera untuk berjumpa dengan doktor untuk mencegah lebih awal. Penyakit Diabetes boleh meningkatkan risiko komplikasi yang lebih teruk pada jangka masa panjang, antaranya:

  • Penyakit buah pinggang;
  • Serangan jantung;
  • Kebutaan;
  • Koma atau tidak sedar diri;
  • Tekanan darah tinggi;
  • Strok (angin ahmar);
  • Penyakit saraf
  • Kekurangan pendengaran; dan
  • Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki perlu dipotong.

Diabetes tidak boleh diubati dengan mudah seperti mana dinyatakan oleh sesetengah syarikat ubat traditional ketika mereka menjual ubat mereka. Ia hanya boleh dikawal dengan:

  • Mengawal pemakanan dengan mengamalkan makanan seimbang dan rendah gula;
  • Bersenam setiap hari dan mengamalkan aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh;
  • Mengambil ubat / insulin mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor;
  • Mengurangkan atau menghentikan terus pengambilan rokok dan alkohol; dan
  • Mengekalkan berat badan iaitu indeks Jisim Badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m2.
Advertisement