Amalan Atau Pantang Larang Yang Boleh Membawa Kepada Kebaikan


- 25 Dec 16
View 732 : Today 2

Adakah amalan,pantang larang atau petua orang melayu lama masih relevan diamalkan hari ini? Ada yang masih boleh digunakan dan dari segi saintifik boleh diterima. Kebanyakan petua perubatan melayu tidak membabitkan bahan kimia yang boleh meninggalkan kesan sampingan.

Advertisement

Pantang larang atau cara perubatanatau amalan amalan masyarakat melayu lama masih boleh diterima pakai dan jelas selari dengan fakta saintifik seperti amalan/ pantang makan sambil disulami minum air tidak baik (dari segi saintifik menyusahkan proses penghadaman)

Amalan/pantang mandi lewat malam masuk angin dan lemah urat saraf dan paru paru berair (dari segi saintifik liang roma terbuka luas diwaktu malam)

 

Makan sambil disulami air tidak baik untuk penghadaman

Amalan dan pantang larang membawa pengertian sifat berlawanan.Pantang maksud tegahan melakukannya sekiranya tidak dipatuhi membawa akibat buruk dan kepada yang mematuhinya membawa kebaikan.

Mari kita kongsi pantang larang atau amalan yang masih digunakan memberi kebaikkan kepada sipengamalnya

  • Mandi atau tidur selepas makan dilarang menyebabkan perut buncit,badan jadi lembek dan melambatkan proses penghadaman makanan- mesti dilakukan setengah jam selepas makan.
    Mandi harus dimulai dengan membasuh kaki,lutut,peha akhirnya baru seluruh badan supaya badan merasa sejuk secara perlahan lahan supaya darah berfungsi dengan baik.Dilarang mandi ketika badan masih berpeluh dan panas-kejutan dan menyebakan pelbagai penyakit.
  • Membuang air besar dan air kecil serentak dipercayai boleh menyebabkan lemah urat saraf sekitar kemaluan bagi lelaki dan urat peranakan bagi perempuan.Seelok eloknya biarlah satu mendahului yang lain.Amalan menggunakan tenaga yang banyak(meneran) ketika membuang air besar juga memberi kesan .Hindarkan daripada sembelit melemahkan urat saraf juga menyebabkan rahim jatuh.
  • Ketika membuang air besar terutama ketika meneran ketap gigi rapat rapat agar gigi teguh dan kuat- dilarang membuka mulut.Jangan meludah didalam jamban untuk menjaga kesihatan gigi.

 

Perempuan mengandung tidak digalakkan membuat kerja-kerja berat
  • Perempuan mengandung dan ketika dalam pantang dilarang melakukan kerja kerja berat seperti mengangkat benda berat.Jalan harus berhati hati supaya tidak tersepak ibu jari mengelakkan bentan..jangan terjatuh dikhuatiri bagi ibu yang mengandung mungkin mengalami sakit pinggang atau lain lain penyakit.Kerosakan saraf boleh mengakibatkan lumpuh selepas melahirkan anak
  • Pengidap darah tinggi dilarang memakan daging kambing,daging lembu dan makanan yang banyak mengadungi garam.
  • Bagi yang mengidap sakit gangguan saraf pula dilarang memakan makanan yang dianggap sejuk, seperti buah tembikai,pisang,terung dan sebagainya.
  • Makanan yg dianggap bisa seperti telur,udang,ikan tongkol,bawal hitam,pari,makanan berminyak dilarang kepada mereka yang mengidap sakit gatal -dipercayai boleh memudaratkan kesihatan, menyukarkan usaha juga pencepat kepada penyakit yang sememangnya telah sedia ada dalam diri seseorang.Bagi orang yang sihat tidak mendatangkan mudarat bila memakannya.
  • Amalan makan ulam awet muda, sebagai ubat penyakit juga berkhasiat untuk kesihatan.Bunga lengkuas,halia bawang putih – memanaskan badan.Bawang putih merangsang syahwat dan mengelakkan sakit sendi.
  • Amalan meminum sesudu madu lebah asli dengan minyak lenga seminggu sekali boleh menguatkan urat saraf dan tenaga batin.
  • Amalan memakan 3 biji telur puyuh dengan dua biji lada hitam waktu pagi tiap tiap tiga hari seminggu boleh menyihatkan badan.
  • Amalan minum air masak ketika hendak tidur dan ketika bangkit dari tidur tiap pagi sambil mengecap garam dipercayai boleh menjauhkan tujuh puluh jenis penyakit termasuk penyakit urat saraf/ Banyak lagi pantang larang atau amalan yang boleh dikongsi bersama.
Advertisement