Protein Dalam Air Kencing


- 25 Dec 16
View 504 : Today 1

Kehadiran protein dalam air kencing (proteinuria) adalah pemberi maklumat tentang bagaimana buah pinggang ibu hamil berfungsi. Hal ini dapat dikesan melalui pemeriksaan air kencing setiap kali anda membuat pemeriksaan antenatal di klinik.

Advertisement

Kebiasaanya doktor atau jururawat akan menggunakan kayu celup untuk mengesan protein di dalam sampel air kencing ibu hamil. Kayu celup tersebut akan bertukar warna mengikut samaada terdapat protein atau tidak di dalam ait kencing ibu hamil tersebut.

 

Kandungan protein yang rendah merupakan perkara biasa. Hal ini bermakna buah pinggang anda bekerja lebih keras daripada sebelum anda hamil lagi dan kemungkinan badan ibu hamil juga sedang melawan dengan jangkitan kecil.

Kemudian doktor akan hantar sampel air kencing tersebut ke makmal untuk diuji sama ada ibu hamil tersebut  terkena jangkitan pundi kencing ataupun tidak.

 

Sekiranya terdapat protein di dalam air kencing dan kandungan protein tersebut meningkat ibu hamil tersebut  kemungkinan terkena praeklampsia. Praeklamsia merupakan satu bentuk komplikasi dalam kehamilan dan perkara ini boleh menjejaskan ibu dan bayi dalam kandungan . Tanda-tanda Praeklamsia adalah seperti berikut:

  • Sakit kepala yang teruk
  • Penglihatan kabur atau ternampak tompokan cahaya
  • Bengkak pada muka, tangan dan kaki yang berlaku secara tiba-tiba
  • Kenaikkan berat badan terlalu cepat disebabkan pengumpulan air di dalam tubuh
  • Sakit teruk pada bahagian bawah rusuk
  • Muntah

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas anda perlu pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut dan nasihat. Anda tidak boleh membiarkan simptom-simptom tersebut berterusan kerana hal ini akan menjejaskan keselamatan anda dan bayi dalam kandungan anda.

Advertisement