Akibat Kekurangan Kalsium


- 25 Dec 16
View 289 : Today 1

Kalsium merupakan mineral yang penting diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kalsium dapat membantu pembentukkan tulang dan gigi serta diperlukan untuk pembekuan darah dan tindak balas otot. Namun begitu ramai yang tidak mengedahkan kepentingan kalsium ini memandangakan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia yang aagak lewat.

Advertisement

Oleh itu marilah kita sama-sama melihat apakah akibat kekurangan kalsium. Diantaranya ialah:

 

Osteoporosis

  • Osteoporosis merupakan kemerosotan kepadatan tulang. Hal ini akan menyebabkan tulang menjadi rapuh. Dianggarkan 1 daripada 3 wanita dan 1 daripada 12 lelaki berupur lebih daripada 50 tahun menderita akibat Osteoporosis di seluruh dunia.
  • Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Namun begitu masalah ini dapat dikurangkan sekiranya semua individu mengambil kalsium secukupnya.

 

Mengalami gangguan jantung

  • Jantung mempunyai peranan untuk menghantar darah keseluruh badan manakala kalsium juga berfungsi dalam membantu jantung mengempam darah keseluruh badan . Selain itu juga kalsium berperanan untuk menjadikan jantung sihat dengan sempurna.

 

Daya ingatan berkurangan

  • Seringkali terlupa dan keupayaan untuk memberi tumpuan semakin berkurangan. Hal ini disebabkan kalsium berperanan dalam membantu merangsang ┬ásistem saraf otak.

 

Pembuluh darah tersumbat

  • Dinding pembuluh darah akan menebal, mengeras, dan kemudian salur darah akan menjadi sempit. Hal ini disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pesakit. Kalsim dapat membantu dalam mengurangi masalah ini.

 

Tekanan

  • Ada kajian mendapati ada kaitan antara tekanan dan kekurangan kalsium. Rata-rata penghidap tekanan mempunyai kekurangan kalsium di dalam tubuhnya. Hal ini kemungkinan disebabkan menurunnya fungsi tubuh menyerap kalsium akibat daripada tekanan yang dihadapi.

 

Daya tahan tubuh badan berkurangan

  • Hal ini boleh meyebabkan individu mudah diserangi pelbagai penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan sebagainya.
Advertisement