3 Kali Hubungan Seks Boleh Menyebabkan Anda Menderita Kesakitan


- 26 Dec 16
View 3,850 : Today 2

Apabila bercerita mengenai seks sahaja, kebanyakan lelaki akan risau jika mereka habis terlalu awal dari yang dijangka ataupun lebih mudah digelar sebagai pancut awal.

Namun anda jarang pula mengadu mengenai sakit kepala yang dialami ketika anda sedang menghadapi kemuncak seksual bersama pasangan.

Berikut adalah beberapa jenis masalah yang anda mungkin alami kesan dari perhubungan seks bersama pasangan.

Advertisement

1. Sakit Kepala Ketika Seks

Tubuh anda sedang keghairahan namun sakit kepala yang berdenyut-denyut sejak tadi mengganggu konsentrasi anda terhadap sesi hubungan kelamin bersama pasangan.

Sememangnya terdapat beberapa orang lelaki di luar sana yang pernah mengalami sakit kepala ketika dan selepas berhubungan seks dengan pasangan.

Kemungkinan besar ia adalah kenaikan adrenalin yang menyebabkan darah anda naik dan seterusnya mencetuskan sakit kepala.

2. Kemurungan Selepas Seks

Ada banyak lelaki di luar sana yang berasa sedih, muram dan seperti perasaan bersalah selepas berhubungan seks dengan pasangan.

Kemurungan ini selalu dikaitkan dengan kebanyakan wanita berbanding kaum lelaki namun ia tetap berpotensi untuk terjadi kepada lelaki.

3. Alahan Kepada Air Mani

Gejala seperti hidung berair, sakit perut mahupun demam juga boleh terjadi apabila tubuh anda mengalami alahan air mani.

Ini berlaku apabila tubuh anda menyalah anggap protein dari air mani anda sebagai benda asing dan menyebabkan sistem imunisasi tubuh anda memberontak.

Advertisement