Bakteria Laut Boleh Menyelamatkan Zakar Anda Dari Pelbagai Masalah?


- 26 Dec 16
View 245 : Today 1

Terdapat satu perubatan baru yang menggabungkan dadah yang didapati daripada bakteria laut dalam dan juga laser yang boleh membantu membunuh sel dalam kanser prostat menurut kajian dari BBC.

Advertisement

Malah penemuan ini boleh dikatakan inovasi dalam dunia perubatan moden berkenaan kanser prostat yang dihidapi lelaki keseluruhannya dan boleh membantu menyelamatkan nyawa.

Selepas menerima rawatan tersebut ternyata 49% daripada lelaki yang menghidapi kanser prostat pada peringkat awal berjaya untuk pulih sepenuhnya.

Namun begitu masih belum dapat dibuktikan jika rawatan ini membantu mereka yang menghidapi kanser yang berada pada peringkat yang lebih kritikal. Segalanya masih lagi berada dalam proses percubaan.

Walaupun masih samar-samar samada ubatan tersebut benar-benar menemui kejayaan – kebanyakan yang berada pada peringkat awal kanser berjaya untuk pulih sepenuhnya.

Lelaki yang mengalami masalah kanser prostat peringkat awal kini boleh menarik nafas lega dengan penemuan dunia perubatan baru ini yang boleh memberikan sinar baru di dalam hidup mereka.

Pakar sains dan perubatan bertungkus-lumus untuk mengkaji keberkesanan kaedah ini ketika ini dan mengharapkan suatu keajaiban lain yang bakal timbul daripada hasil penemuan mereka yang berikutnya.

Kebolehan untuk pulih sepenuhnya melalui kaedah ini dikatakan agak mencabar kerana sebelum ini belum pernah ada wujudnya ubat yang boleh memulihkan penyakit kanser prostat sepenuhnya dan mereka menganggap ini suatu perkara yang hampir dengan mustahil.

Kemungkinan terdapat juga rahsia dalam mengubati penyakit mati pucuk dan lain-lain melalui kaedah yang serupa yang belum diterokai oleh pakar dengan sepenuhnya.

Advertisement