Health

Ketahui Serba Sedikit Mengenai Penyakit Berbahaya Diabetes

View 117 : Today 1

Diabetes adalah sejenis penyakit di mana kandungan gula dalam darah adalah melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Penyakit ini terjadi apabila pankreas gagal mengawal dan menghasilkan insulin yang mencukupi.

Penyakit ini adalah dikategorikan sebagai cukup berbahaya dan ia juga dikenali sebagai ‘silent killer’ kerana penyakit ini membunuh seseorang dengan secara senyap.

Diabetes juga boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

Jenis I

Walaupun puncanya tidak diketahui, tetapi biasanya ia boleh terjadi kepada kalangan kanak- kanak mahupun remaja. Situasi ini dirujuk sebagai pesakit yang bergantung kepada insulin (IDDM). Diabetes dari jenis ini hanya boleh dikawal dengan melalui suntikan insulin, kawalan pemakanan harian atau senaman.

Jenis II

Jenis ini hanya berlaku kepada di kalangan orang dewasa yang berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan senaman yang tidak mencukupi ataupun mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.

Ia terjadi di mana sel- sel di dalam badan gagal berfungsi terhadap insulin dengan betul dan malah penyakit- penyakit yang lain juga akan terjadi kerana kekurangan insulin. Ia juga dirujuk sebagai pesakit yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM).

Jenis ini tidak lain hanya boleh dikawal dengan menggunakan ubat, kawalan pemakanan harian dan senaman atau gabungan ketiga- tiga sekali.

Jenis III

Jenis ke-3 ini hanya berlaku sementara terutamanya kepada di kalangan wanita mengandung, yang disebabkan oleh terjadinya perubahan hormon semasa sedang mengandung. Ia juga dirujuk sebagai ‘Gestational Diabetes’.

Faktor- faktor yang boleh menyebabkan anda menghidapi penyakit Diabetes:

  • Faktor keturunan di mana dia mewarisi dari keluarga;
  • Obesiti akibat berat badan yang melampau;
  • Kurang bersenam dan menjalankan aktiviti kecergasan;
  • Kadar kolesterol yang tinggi di dalam darah;
  • Ketegangan (stress) dan tidur yang tidak mencukupi;
  • Mengamalkan pemakanan tidak sihat; dan
  • Umur yang kan meningkat
Click to comment
To Top