Bagaimana Untuk Mendapatkan Lebih Seks Ketika Pasangan Anda Hamil


- 26 Dec 16
View 305 : Today 1

Ia adalah perkara biasa apabila kebanyakan suami mulai runsing tentang keselamatan bayi mereka ketika mereka berhubungan intim dengan isteri yang sedang mengandung.

Advertisement

Pada beberapa bulan awal kandungan, suami mungkin tidak merasa kekok kerana ia masih belum benar-benar kelihatan – namun ketika perut isteri mulai membesar maka para suami mulai risau jika zakar mereka menusuk wajah bayi mereka.

Sebenarnya ketakutan itu tidak berasas kerana walau bagaimana kuat terjahan zakar anda ke dalam faraj isteri, bayi anda tidak akan terancam malah mereka terlindung di sana.

Namun berikut adalah beberapa isu yang harus pasangan suami isteri ambil tahu jika ingin berhubungan seks ketika isteri sedang mengandung.

1. Isteri Berasa Malu Dengan Tubuh Mereka

Yang menjadi masalah mungkin bukan perutnya yang membesar tetapi pemikirannya yang mungkin boleh membantutkan niat anda.

Ketika ni isteri anda akan berasa diri mereka kurang seksi dan mulai berasa kurang senang apabila bersama dengan anda – maka tugas anda sebagai suami adalah untuk meyakinkan bahawa dia masih menarik di mata anda. 

2. Kekeringan Boleh Menjadi Isu

Kebanyakan wanita mengandung tentu akan mengalami masalah untuk melincirkan diri mereka kerana ia selalunya bergantung kepada mood seseorang perempuan.

Di sini tugas anda adalah untuk meyakinkan dia dan cuba perlahan-lahan untuk menstimulasi titik ghairah isteri anda. Cari pelincir yang sesuai digunakan oleh wanita yang sedang mengandung untuk digunakan.

3. Redha Jika Tidak Menerima Seks Oral

Pada ketika ini wanita amat sensitif dengan bau-bauan yang boleh menyebabkan si dia meloya dan muntah. Oleh itu anda harus redha jika tidak menerima seks oral dari isteri anda.

Seks oral boleh menjadi sangat tidak menarik pada wanita mengandung terutama pada trimester yang pertama namun anda pula amat digalakkan untuk memberi lebih seks oral kepada si dia ketika ini.

4. Ikut Keselesaan Isteri

Pada trimester pertama anda harus bersedia jika isteri anda mengalami ketidakselesaan pada posisi seks yang tertentu maka anda harus beralah.

Biarkan si dia yang menentukan posisi yang selesa baginya dan tanya untuk meengetahui jika ada apa-apa yang tidak disukainya ketika itu.

Advertisement