Nutrition

8 Sarapan Terbaik Dan Terburuk Buat Kita

View 1,043 : Today 1

Sarapan sudah pasti perlu buat Kita. Tapi benarkah sarapan yang kita ambil benar-benar sihat dan baik bagi tubuh kita? Berikut ini adalah 8 sarapan pagi yang paling sering dinikmati oleh orang di seluruh dunia. Menu sarapan yang baik atau yang buruk adalah pilihan kita.

 

  • KOPI

Buat Kita penggemar kopi, minum kopi di pagi hari ternyata memberikan manfaat yang luar biasa buat kesihatan Kita. Sebuah penelitian baru menunjukkan bahawa kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes, sakit jantung, perut kembung, Parkinson, batu ginjal, dan cirrhosis. Dari semua jenis kopi, Black coffee adalah yang terbaik, terutama buat wanita.

 

  • COKLAT

Makan coklat di pagi hari? Ya, kenapa tidak? Cubalah Coklat hitam yang mengandung 70% cocoa. Jenis ini terbukti memberikan manfaat pada kesihatan tubuh. Selain memiliki kadar gula rendah, coklat hitam adalah sumber antibodi tubuh polyphenol dan flavonoid antioxidant (sama seperti kandungan green tea).

Makan coklat hitam secara teratur di pagi hari akan mengurangi risiko pengentalan darah, stroke, sakit jantung, dan menurunkan tekanan darah.

Coklat hitam pun telah terbukti meningkatkan semangat kerja, memperbaiki mood, dan memberikan energi yang diperlukan bagi aktivita kita seharian. Tapi hati-hati, jangan makan lebih dari 2 ons / hari kerana kalori coklat cukup tinggi untuk membuat tubuh kita membengkak.

 

  • SODA

Ada yang minum soda di pagi hari? Hmm… ini cara buruk untuk memulakan pagi kita. Minum dengan kadar fruktosa tinggi, soda, dan pemanis buatan yang terdapat dalam minuman soda dapat merosakkan pangkreas kita, yang menyebabkan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh, dan meningkatkan berat badan. Jika kebiasaan ini diteruskan, lama-lama kita akan mengidap penyakit diabetes.

Asid phosphoric dalam minuman bersoda pun berpotensi mengikis tulang, membuat kita jauh lebih cepat terkena osteoporosis.

 

  • OATMEAL

Banyak orang meyakini bahawa bubur oatmeal adalah sarapan kesihatan paling ideal. Tapi baru-baru ini, Hospital Boston menemukan bahawa oatmeal yang dimakan anak-anak terus-menerus setiap hari akan meningkatkan kadar gula dalam tubuh yang dapat membantutkan proses kognitif (pemikiran) mereka.

Walau baik bagi kesihatan tubuh, tidak ada salahnya memberikan anak-anak sarapan yang pelbagai seperti omelet, sayuran, dan buah-buahan.

 

  • PIZZA

Walau bukan makanan sihat (kerana tergolong junk food), pizza ternyata mengandungi bahan-bahan yang menyihatkan. Sos tomato di dalam pizza, mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan terkuat saat ini.

Selain mencegah kanser, lycopene juga membantu penurunkan kolesterol dan tekanan darah. Pizza vegetarian adalah varian yang terbaik untuk sarapan kita. Hindari sarapan pizza yang memakai topping sosis, peperoni, daging, dan parmesan yang banyak.

 

  • TELUR

Telur memang menempati peringkat pertama makanan berkolesterol tinggi. Tapi dari hasil kajian terhadap 115.000 lelaki dan wanita Amerika, Dinas Kesihatan USA tidak menemukan adanya risiko penyakit jantung yang dialami oleh para pemakan telur itu. Wanita yang makan telur lebih dari satu perhari adalah yang paling rendah kemungkinan terkena penyakit jantung. Selain itu, telur merupakan sumber protein terbesar dan mengandungi Omega-3 yang mencegah nyanyuk.

 

  • IKAN

Sarapan atau makan ikan 2 kali seminggu dapat menekan risiko terkena sakit jantung dan penyumbatan pada jantung. Ikan pun mengandung Omega-3, dan mencegah risiko terkena diabetes dan Alzheimer. Ikan yang paling baik buat kesihatan kita adalah ikan sardin, herring, anchovies, salmon, mackarel kecil. Ikan-ikan besar seperti iklan pedang, ikan tile, tuna, dan hiu pun sangat bermanfaat pada tubuh.

 

  • GULA BUATAN

Sebuah iklan menyebutkan bahwa gula buatan baik bagi tubuh dan mencegah kegemukan. Namun kajian yang dilakukan Purdue University-Amerika baru-baru ini dapat membuktikan bahawa baik gula asli atau buatan, ternyata sama-sama berpotensi membuat tubuh cergas

Click to comment
To Top