Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Berkenaan Demam Kuning / Jaundice? (Bahagian 2)


- 26 Dec 16
View 77 : Today 1

Artikel ini merupakan sambungan daripada : Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Berkenaan Demam Kuning / Jaundice? (Bahagian 1)

Advertisement

 

BAGAIMANA MENGETAHUI JIKA BAYI ANDA MENGHIDAP JAUNDIS

Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, maka silalah hubungi jururawat masyarakat atau ke klinik kesihatan berhampiran.

Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah sahaja. Jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya.

Anda juga boleh memeriksa najis bayi anda. Jika ianya berwarna pucat maka bayi anda mengalami kekuningan.

 

RAWATAN JAUNDIS

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu: 

 

1. Rawatan ‘Phototherapy’

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu supaya darah bilirubin akan ditukarkan kepada komponen darah yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.

 

2. Pertukaran darah (Blood Exchange)

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

 

PENYUSUAN IBU

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. 

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Ibu juga perlu diberikan sokongan moral, mendapat air, rehat dan makanan tambahan secukupnya agar susu yang dihasilkan mencukupi dan berkualiti.

 

ADAKAH RAWATAN TRADISIONAL ATAU ALTERNATIF BERKESAN MERAWAT JAUNDIS?

 

Menurut Panduan Bayi Kuning yang dikeluarkan oleh pihak KKM, tiada bukti kajian yang berkualiti dapat menyokong penggunaan rawatan alternatif / tradisional di dalam merawat penyakit bayi kuning ini.

Amalan tersebut dibolehkan namun perlu berbincang dengan pihak doktor terlebih dahulu.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Advertisement