Delish Oatmeal Khas Untuk Mereka Yang Menghidapi Tinggi Kolesterol


- 27 Dec 16
View 139 : Today 1

Pesakit yang menghidapi masalah kolesterol tinggi juga kadangkala teringin juga untuk memakan manisan. Namun kini anda tidak perlu risau kerana kita akan berkongsi resepi yang bersesuaian dengan apa yang mereka perlukan untuk diet sihat mereka.

Advertisement

Makanan ini boleh membantu anda untuk berasa kenyang dan peka sehingga tiba waktu makan tengahari. Sebagai bonus juga ia mengandungi bijirin oat, pisang dan OJ yang mengandungi fiber yang mudah larut.

Bahan-Bahan:

  • ¾ cawan air
  • ¾ cawan cuka epal
  • 1 cawan oat organik
  • ½ sudu teh garam
  • ½ cawan buah pir yang telah didadu
  • ¼ cawan buah kranberi manis yang telah dikeringkan
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • ¼ sudu teh ekstrak vanilla
  • ¼ cawan susu bebas lemak
  • ¼ cawan kacang pecan dibakar, dicincang

Cara Membuatnya:

Didihkan air dan cuka epal sehingga bersama di dalam periuk. Masukkan oat dan garam; turunkan suhu pada peringkat rendah, dan masak selama 3 minit, kacau sekali-sekala.

Tambahkan pir, cranberry, kayu manis, dan vanila, kacau perlahan-lahan untuk biarkan mereka sebati bersama; masakkan selama 3 minit atau sehingga oat mula lembut. Gaulkan juga bersama kacang pecan dan susu.

Sejukkan dahulu manisan ini sebelum dihidangkan kepada pesakit. Ia akan menambah perisa kepada selera pesakit kerana gabungan rasa susu, buah-buahan dan kayu manis yang beraroma. Barulah pesakit akan lebih berselera untuk menikmati hidangan tersebut.

Advertisement