Rahsia Kesuburan Disebalik Ukuran Jari – Jari Tangan Lelaki


- 27 Dec 16
View 2,509 : Today 1

Mungkin anda pernah mendengar tentang mitos atau cerita-cerita dari nenek moyang mengenai ukuran jari-jari lelaki dan apa kaitannya dengan tahap kesuburan seseorang.

Advertisement

Sekumpulan penyelidik pernah cuba untuk mendedahkan satu penemuan menarik iaitu berkenaan panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi salah satu petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).

Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.

Mereka juga turut mendapati bahawa lelaki dewasa yang memiliki jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.

Begitu juga sebaliknya, iaitu lelaki yang memiliki jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, testikel mereka lebih kecil.

Kajian terdahulu juga pernah mengandaikan bahawa saiz testikel mempunyai hubung kait dengan jumlah air mani yang boleh dihasilkan.

Kajian juga turut dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki di Korea yang berumur antara 20 hingga 69 tahun, di mana mereka pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi. Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.

Kemudian secara berasingan, ahli urologi yang berpengalaman akan mengukur saiz zakar mereka.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut adalah berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, dan ini membawa maksud bahawa jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.

Dalam kajian tersebut penyelidik juga turut mendapati bahawa umur dan tinggi tidak langsung memberi banyak kesan ke atas saiz testikel seseorang, manakala berat pula mempunyai kaitan yang ketara.

Mungkin anda boleh praktikkan ilmu ini bagi menentukan tahap “kesuburan” teman lelaki, tunang atau suami?

Advertisement