Keburukan Aktiviti Onani Kepada Kaum Lelaki Untuk Jangka Panjang


- 27 Dec 16
View 5,431 : Today 1

Kebanyakan kaum lelaki sememangnya tidak boleh lari dari melakukan onani atau melancap namun kekerapan setiap orang adalah berbeza.

Bukanlah bererti tak ada yang langsung tak onani, tapi agak mustahil untuk jumpa “lelaki suci dari onani” lebih-lebih lagi di zaman sekarang.

Advertisement

Oleh kerana melancap sungguh mudah dilakukan, ramai yang melakukannya secara berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka menghabiskan tenaga hayat mereka.

Melancap bukanlah mengenai soal prinsip moral, ia adalah suatu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.

Mungkin topik ini kedengaran agak lucah dan terbuka, namun brader perlu mengambil tahu kesan dan bahayanya perbuatan onani pada kesihatan.

Menurut Pakar Kesihatan Lelaki, Dr Ismail Thambi, onani ini mungkin akan memberikan kesan buruk jangka masa panjang jika diamalkan dengan terlalu kerap.

Masalah onani sebenarnya membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin juga dengarnya turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Selain itu, onani dengan kerap juga memungkinkan anda untuk berdepan dengan risiko mati pucuk dan benih (sperma) menjadi tidak subur.

Tambahan lagi, zakar mempunyai tisu lembut yang tidak boleh dirangsang dengan keras. Kerana itu ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj wanita sahaja. Jadi, gunakanlah zakar anda dengan sebaiknya disaluran yang betul apabila tiba masanya.

Advertisement