Kesuburan Lelaki Jatuh Merudum Ketika Usia Menginjak Ke 40 Tahun


- 27 Dec 16
View 1,819 : Today 1

Kualiti kesuburan lelaki dan wanita sememangnya akan mulai menurun ketika usia menginjak ke angka 40 tahun. Bagi lelaki, kualiti sperma pada usia tersebut juga tidak sama baiknya seperti pada usia muda mereka.

Advertisement

Bercerita mengenai kualiti sperma dan keinginan seks lelaki ketika menginjak ke usia 40-an, kebanyakan lelaki pada usia ini akan mula mengabaikan aktiviti-aktiviti kecergasan dan kadangkala makan makanan yang tidak seimbang. Ini juga boleh mencetuskan permasalahan yang sama.

Berikut merupakan fakta yang didapati mengenai kesuburan lelaki, seperti yang dipaparkan melalui Boldsky.

  1. Setiap tahun, jumlah dan kemampuan pergerakan sperma juga akan terus menurun.
  2. Sebuah kajian mendapati anak yang lahir ketika bapanya sudah tua akan berisiko untuk mengidap autisme 5 hingga 6 kali lebih tinggi berbanding anak yang dilahirkan ketika bapanya masih muda.
  3. Lelaki yang sudah berusia 40 tahun ke atas memerlukan masa sekitar 2 tahun untuk benar-benar berjaya menghamilkan pasangannya.
  4. Peluang untuk pasangan yang berusia 45 tahun ke atas untuk memiliki anak adalah berkemungkinan sangat tipis berbanding ketika usia 30-an.

Sememangnya pada usia 40-an kadar metaboslisma dan testosteron kita akan menurun namun masih terdapat banyak cara lain untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan anda itu. Pengambilan diet makanan seimbang dan suppplemen tertentu boleh membantu mengembalikan tenaga anda dan tahap libido anda.

Tapi jangan salahguna pula, bahaya! Manfaatkan masa lapang anda itu dengan aktiviti kecergasan yang boleh membantu anda untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko anda untuk menghidap pelbagai penyakit ketika umur semakin meningkat.

Advertisement