Libido Makin Lemah, Rupanya Sebab Badan Makin Berlemak!


- 27 Dec 16
View 1,068 : Today 1

Biasanya orang lelaki ni memang gemar mengambil suplemen untuk menjaga atau menambah kadar testosteron. Kononnya untuk meningkatkan prestasi dan juga libido ketika bersama dengan pasangan.

Sebenarnya terdapat satu kunci utama untuk lelaki yang sering mengalami masalah lesu, mudah letih dan kurang tahap libido ini iaitu dengan menurunkan berat badan. Ya, jangan terkejut pula. Anda memang tak salah dengar.

Advertisement

Ini kerana lemak yang berlebihan dalam badan berpotensi untuk menurunkan kadar testosteron kaum lelaki. Adanya kajian mendapati lebih 40 peratus lelaki yang gemuk dan mengalami masalah obesiti ini memiliki tahap testosteron yang rendah.

Manakala, ada kajian lain pula mendapati bahawa lelaki yang dianggap sangat gemuk baik muda atau tua memiliki kadar testosteron yang lebih rendah berbanding dengan lelaki sihat dan kurus.

Sebab itu, anda harus menurunkan berat badan sekiranya telah melepasi tahap BMI yang sihat. Selain itu, anda juga turut digalakkan untuk menghindari tekanan kerana ia juga menjadi punca kepada masalah seksual di kalangan lelaki.

Ketika menghadapi tekanan, badan akan melepaskan sejumlah hormon kortisol yang akan menghambat penghasilan hormon kelelakian ini. Oleh itu, perbanyakkan riadah untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan seharian anda ok!

Advertisement