Pantang Larang Untuk Lelaki Yang Ingin Kuat Tenaga Batin


- 27 Dec 16
View 1,741 : Today 1

Mengikuti petua dan pantang larang yang telah diajarkan oleh nenek moyang kita adalah untuk tujuan menjaga kesihatan tenaga batin. Setiap larangan tersebut disampaikan daripada generasi ke generasi mengikut pengalaman orang Melayu dulu-dulu yang mungkin telah dikaji baik dan buruknya.

Advertisement

Untuk lelaki yang ingin menjaga kesihatan tenaga batin agar tidak mengalami lemah syahwat dan “tewas awal”, haruslah baca pantang larang dibawah ini. Yang masih belum berkahwin pun tak salah juga, boleh turut serta mengikuti pantang larang yang tidak melibatkan hubungan kelamin.

Antara pantang-larang yang popular pernah dibeerikan dan diwariskan dari generasi ke generasi adalah:

  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar akan berasa ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa dalam keadaan panas.
  2. Usah amalkan memakan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  3. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air hanya setelah anda selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti apabila anda minum air batu.
  4. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. Samalah seperti panduan yang ketiga.
  5. Jangan hembus nafas ketika minum, sebaliknya anda perlu tahan nafas. Ini membantu anda untuk mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

Jadi tak susah kan petua yang diberikan? Ada yang cakap benda remeh macam ini mengarut sahaja tetapi tak salah untuk anda mencuba untuk mengetahui jika petua ini berhasil ataupun tidak. Bak kata orang dahulu kala, orang tua lebih dahulu makan garam dari kita.

Advertisement