Lelaki Pun Boleh Orgasme Banyak Kali?


- 28 Dec 16
View 3,566 : Today 1

Jika sebelum ini pernah dikatakan bahawa hanya kaum wanita yang boleh mencapai beberapa kali orgasme dalam hubungan intim, namun bagaimana pula dengan lelaki?

Untuk merasakannya, anda harus mengetahui perbezaan di antara orgasme dan juga ejakulasi. “Orgasme merupakan kombinasi rasa sensitif seluruh badan, nafas yang semakin cepat dan sensasi aliran darah ke zakar dan juga skrotum,”  ujar Ava Cadell, pakar seksologi dari Los Angeles.

Advertisement

Manakala, ejakulasi pula merupakan titik akhir pelepasan dari sensasi nikmati yang disertai dengan keluarnya sperma. Banyak perbezaannya bukan?

Bagaimana Lelaki Orgasma Berkali-kali?

Oleh itu bagi Cadell, orgasme berkali-kali bagi lelaki hanya boleh dirasai apabila dia berasa lebih banyak kepuasan, selain akibat daripada hubungan intim tersebut yang berlangsung lebih lama.

Dalam masa 10 minit, lelaki boleh orgasme sebanyak tiga kali. Orgasme yang berulang kali ini juga boleh berlaku apabila lelaki mampu menghentikan ejakulasi tapi masih berasa ‘sensasi’ dan juga kepuasan tersebut.

Cara Mendapatkannya

Kaum lelaki boleh mencuba senaman kegel yang digunakan oleh kaum lelaki kebanyakan di luar negara sebagai senaman otot bahagian sulit agar mereka mampu untuk memahan diri dari terpancut awal. Malah anda juga boleh berlatih sendiri ketika bersama dengan pasangan.

Apabila setiap kali anda hampir sampai ke kemucaknya, tarik nafas dan kemudian redakan dulu sensasi itu sebelum memulakan semula bersama pasangan anda. Percayalah apabila anda berjaya menahan diri dari terpancut anda pasti boleh mencapai kemuncak seksual berganda yang anda mpikan itu.

Advertisement