Betul Ke Yang Lelaki Pendek Lebih Kuat Seks Dan Kuat Cemburu!

Lelaki yang mempunyai fizikal dan ketinggian yang rendah dikategorikan sebagai kuat cemburu dan kuat seks. Beb, betul ke ni?

Berdasarkan kajian yang dilakukan melalui majalah New Scientist, mereka mempunyai alasan kukuh untuk menyatakan mengapa lelaki pendek lebih kuat cemburu. Ini adalah berdasarkan hasil kajian yang diperolehi dari kajiselidik ke atas 500 lelaki pendek.

Abraham Buunk, ketua pengkaji tersebut menyatakan, kebanyakan lelaki secara keseluruhannya akan mempunyai perasaan cemburu terhadap lelaki lain yang lebih kacak, kaya, dan kuat.

Lelaki yang pendek akan mudah tercabar melalui persaingan ini namun sebaliknya pula bagi lelaki yang mempunyai ketinggian normal, mereka tidaklah berasa terlalu terganggu.

“Dengan susuk tubuh yang lebih tinggi, lelaki itu akan memiliki tahap kepercayaan diri yang lebih stabil,” jelas Buunk.

Gelsthorpe menambah, perasaan cemburu hadir sebagai salah satu dari rasa takut dalam diri manusia. Biasanya, orang akan berasa cemburu apabila takut kehilangan pasangan atau orang yang dicintai.

Dalam kontek seks pula, lelaki pendek juga sering dikatakan sebagai lebih kerap dan buas dalam melakukan hubungan intim.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine pada 2014 menyatakan, lelaki yang mempunyai ketinggian bawah 178 cm memiliki frekuensi “seksual” yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lelaki tinggi. Hebat bukan!

Bagaimanakah pendapat anda berkenaan kenyataan diatas? Mungkin lelaki pendek yang dimaksudkan dalam kajian tersebut adalah perbandingan dengan ketinggian purata lelaki Eropah.

Namun begitu jika diperhatikan di Malaysia, hasil kajian di atas didapati sedikit menyeleweng kerana lelaki di Malaysia, biarpun apa ketinggian mereka; tetap ada yang kuat seks dan yang kurang melakukan hubungan seks.

Oleh itu pada admin, perkara ini sukar untuk disamakan dengan suasana dan budaya masyarakat Malaysia kerana semuanya bergantung kepada naluri masing-masing.

Brader-brader yang memiliki ketinggian di bawah 178cm sila komen.