5 Sebab Kenapa Lelaki Selalu Hendak Menjauhi Wanita

Wanita diciptakan diri rusuk kiri seorang lelaki. Malah mereka diciptakan sebagai peneman hidup sehinggalah lelaki menghembuskan nafas terakhir. Tetapi, janganlah pula ada wanita yang hidup semata-mata kerana lelaki.

Walaupun wanita mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri namun masih ada juga perkara yang boleh membuatkan lelaki angkat kaki dan menjauhi anda. Apakah pandangan kaum lelaki pula berkenaan perkara ini?

Kaum lelaki seluruh Malaysia di sini mendedahkan beberapa perkara yang membuatkan mereka meninggalkan seseorang wanita itu.

1. Gigi kuning & berkarat

Bila bercakap dengan seseorang, perkara pertama yang anda akan perasan dahulu ialah bahagian bibir dan gigi. Malanglah nasib lelaki kalau dari ‘first date’ lelaki dah ternampak gigi perempuan yang kuning dan berkarat, memang hilang selera dibuatnya.

2. Bulu hidung terkeluar

Masih ada lagi ke minah yang selekeh macam ini? Cik adik tolonglah pergi belek-belek muka tu sikit. Kalau sampai bulu hidung terkeluar tu, ini memang parahlah. Kalau yang ada misai dah hampir sama macam lelaki tu tolonglah usahakan sesuatu bagi hilang ya!

3. Mekap tebal keterlaluan

Wanita kalau dah bersolek memanglah cantik. Lelaki pun suka bila wanita ni mengenakan solekan lebih-lebih lagi yang kelihatan semulajadi. Tapi janganlah over sangat sampai dah serupa lotong. Artis yang pergi ambil ‘anugerah’, pun kalah tahu macam ni. ‘Reject!’

4. Kening macam ‘Shin Chan’

Kalau anda perasan kaum wanita sekarang ni obses betul dengan kening. Ada yang hanya menyolekkan kening apabila keluar rumah. Kalau yang pandai melukis kening tu, kaum lelaki mungkin masih boleh terima lagi. Tapi, kalau tak tahu baik jangan buat. Tak takutkah nanti jadi watak kartun Shin Chan?

5. Ketiak berpeluh kaw kaw

Lelaki berpeluh masih lagi biasa bagi semua, tapi kalau wanita pula yang ada masalah berpeluh-peluh ni memang buatkan lelaki hilang selera. Mengalahkan orang yang marathon dari Kuala Lumpur ke Jakarta pula! Cubalah wangikan diri dengan pelbagai produk yang boleh didapati kini!

So harap kaum lelaki yang belum peka pasal hal ini tolonglah ya kongsikan dengan teman wanita, adik perempuan, rakan perempuan ataupun isteri anda. Bukan apa kasihan nanti takut mereka jadi bahan ketawa orang pula. Untuk wanita yang terbaca petikan ini sila ambil perhatian ya!