5 Sikap Negatif Yang Selalunya Ada Pada Lelaki Kacak

Lelaki yang kacak dan sedap mata memandang ni sememangnya menjadi kegilaan ramai wanita untuk dijadikan teman lelaki. Tapi untuk dijadikan suami pula, agak-agaknya sesuai ke?

Namun, disebalik kekacakkan itu pastinya akan terselit sifat negatif didalam diri lelaki yang berwajah menarik ini. Kami tak kata bahawa semua lelaki kacak ini memiliki sifat buruk, tetapi ada segelintir dari mereka yang mempunyai tahap ego yang tinggi.

Selain egois, ini dia 5 sifat negatif yang berkemungkinan ada pada kebanyakkan lelaki kacak:

Pilih bulu

Orang kata mamat hensem ni kuat memilih. Memang ada juga betulnya telahan ini. Mencari hanya yang cantik sahaja. Konon nak sama taraflah agaknya tu. Nak tayang depan orang ramai yang girlfriend dia bukan biasa-biasa. Tamak pula tu, dah jelas ada yang cantik nak yang lagi cantik pula.

Kuat perasan

Bukan semua lelaki kacak tu selalu perasan. Tapi kalau anda perasan lelaki hensem ini kebanyakannya terlebih perasan, jangan ambil hati sebab tak semua macam itu. Orang kacak ini sering beranggapan semua perempuan sukakan dia.

Ikon kasanova

Lelaki hensem juga sering dikaitkan dengan perangai yang kasanova. Dah ada seorang teman wanita hendak lagi pasang seorang lagi. Jangan seronok sangat beb nak pasang ramai-ramai, nanti dapat pasangan yang satu spesies dengan beb baru tahu.

Selalu bagi alasan

Lelaki kacak ini memang pandai betul memberikan alasan setiap kali terkantoi dan bijak melepaskan diri dari pelbagai masalah. Wanita yang terdesak ini pula selalu cair dengan pujukan mereka sebab takut nanti kalau kehilangan lelaki yang disayangi.

Mata duitan

Jangan ingat kaum lelaki tiada yang materialistik, ada banyak sebenarnya. Mereka bijak memanipulasi wanita kaya dengan mempergunakan paras rupa yang kacak dengan niat untuk mengikis duit. Wanita pulak, disebabkan sayang, sanggup la berhabis duit.

Sekarang anda bolehlah perhatikan jika terdapat rakan-rakan lelaki atau teman lelaki anda yang berwajah kacak (kalau kacaklah), samada mereka semua ada sifat-sifat diatas. Jika tiada eloklah tapi yang penting, bukanlah semua lelaki kacak ada sifat seperti yang diceritakan diatas.

Kepada lelaki kacak di luar sana, sudah-sudahlah buat perangai seperti yang dinyatakan di atas. Tak baik tahu nanti tak pasal-pasal anda berakhir menjadi bujang tua. Sayang sungguh!