Lebih Banyak Ejakulasi, Lebih Sedikit Risiko Kanser Prostat?

Terdapat kajian terbaru di Amerika Syarikat yang mendapati bahawa lelaki yang sering ejakulasi bakal mempunyai risiko yang lebih rendah dari terkena kanser prostat, memetik laporan CNN.

Kajian yang telah dilakukan selama 18 tahun semenjak dari 1992 hingga 2010 itu, sebanyak 4,000 orang telah didiagnosis mengidap kanser prostat.

Kaitan Ejakulasi Dengan Kanser Prostat

Lelaki yang berejakulasi 21 kali dalam sebulan di usia 20-an mepunyai risiko 19 peratus lebih rendah, berbanding lelaki yang mengeluarkan air mani 7 kali sahaja sebulan.

Manakala, lelaki berejakulasi lebih selalu ketika usia 40-an mempunyai risiko 22 peratus lebih rendah terkena kanser prostat.

Adakah ini bermaksud hanya dengan mengeluarkan air mani dalam kadar yang kerap boleh membantu kita untuk mengurangkan risiko kanser prostat? Ramai lelaki akan tersenyum gembira mendengar mengenai perkara ini.

Kalau begitu benarlah laporan kebanyakan artikel selama ini bahawa mendapatkan lebih seks boleh membantu anda untuk hidup lebih lama kerana ia mengurangkan risiko kanser prostat.

Ejakulasi juga membantu tubuh anda untuk mengeluarkan bendasing yang terdapat di dalam testis anda untuk memastikan ia sentiasa bebas dan bersih dari sebarang kuman dan benda asing.

Cara Semulajadi Yang Menyelamatkan Nyawa

Mungkin ini menjadi berita baik di kalangan lelaki, betul tak? Anda tidak perlu untuk bersusah payah untuk ke hospital mendapatkan ubat-ubatan untuk membasmi perkara ini kerana terdapat cara yang lebih mudah dan memuaskan.

Untuk rekod, kanser prostat menjadi salah satu kanser paling banyak dijumpai pada lelaki. Hampir kebanyakan lelaki di dunia ini tidak lari dari menghidapi penyakit ni.

Ternyata zakar kita tidak memerlukan bantuan ubat-ubatan untuk kekal sihat – hanya dengan mengamalkan rutin harian sahaja ia boleh menjamin kesihatan bahagian reproduksi anda untuk kekal berfungsi dengan baik.

Oleh itu dengan kewujudan cara yang ternyata lebih mudah ini diharapkan dapatlah mengurangkan kadar pesakit lelaki yang menghidapi kanser prostat.