Betul Ke Tembikai Itu Viagra Semula Jadi?

Kebanyakan lelaki mesti pernah terfikir untuk mengambil pil Viagra? Kenapa tu, korang ada masalah kurang cergas di atas ranjang ke? Viagra ini memang diketahui dapat membantu lelaki yang menghadapi masalah lemah syahwat atau lemah tenaga batin.

Namun disebabkan ada banyak kesan sampingan yang didapati daripada pengambilan Viagra, ianya tidak lagi digalakkan kepada kaum lelaki untuk mengambilnya sebagai rutin. Habis tu, apa yang mampu kaum lelaki lakukan untuk mengatasi lemah syahwat?

Kelebihan Buah Tembikai

Berita baiknya, tahukah anda sebenarnya terdapat sebuah lagi alternatif lain yang mampu untuk bertindak sepertimana Viagra ini iaitu dengan pengambilan buah tembikai. Ya, admin tak tipu kerana ia sangat baik untuk membuatkan hubungan seksual anda kembali berapi-api.

Tembikai mempunyai kandungan Lycopene yang tinggi selain dari yang terdapat di dalam tomato. Zat ini mampu untuk membantu kesihatan tulang dan meningkatkan sistem imun.

Ia juga mengandungi citrulline yang dianggarkan sekitar 250 mg untuk secawan jus tembikai. Ia membantu pengaliran darah dan dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kelancaran pengaliran darah inilah yang sering dikaitkan boleh membantu zakar untuk kekal tegang dengan sempurna bagi lelaki.

Kaitan Dengan Kesihatan Batin

Untuk kesemua kelebihan ini, dipercayai ianya sangat efektif kepada kesihatan seksual anda. Jadi selepas ini bila ke kedai makan, jangan sesekali lupa untuk memesan jus tembikai ya.

Daripada anda asyik menggunakan pil peransang, bukankah lebih baik dengan hanya mengamalkan jus tembikai ataupun buahnya sahaja? Lebih semulajadi dan yang pasti ianya tiada kesan sampingan langsung.

Menurut pakar penggunaan pil peransang dengan kerap pun tidak bagus kerana boleh menjejaskan fungsi otak dan buah pinggang kita ketika sudah meningkat usia nanti.

Kesimpulan

Sebaliknya beralih kepada cara semulajadi boleh memastikan tubuh kita sihat dengan perlahan-lahan dan bertahan untuk jangkamasa yang lebih panjang.

Ia menghilangkan dahaga, menyejukkan badan, tenaga batin pun meningkat! Bolehlah balik nanti beli buah tembikai banyak-banyak ya!