Alat Pencegah Hamil Untuk Lelaki? Adakah Ia Benar-Benar Wujud!


- 29 Dec 16
View 805 : Today 1

Kini kerana teknologi sudah semakin canggih serta moden, satu ubat pencegah kehamilan dihasilkan khusus untuk kaum lelaki yang berhasrat tidak mahu untuk mengembangkan zuriat.

Advertisement

Setelah sekian lama alat pencegah kehamilan hanya tertumpu khusus untuk wanita namun kini tidak lagi. Walaupun terdapat alat pencegahan lain seperti kondom dan pembedahan vasektomi tetapi hasilnya tidak menepati keputusan yang diharapkan.

Bagaimanakah Kaedahnya

Ujian terhadap alat pencegah kehamilan baharu yang berbentuk suntikan, Vasalgel, ini menunjukkan keputusan yang cukup meyakinkan.

Ketika ini ia sedang giat dibangunkan oleh Yayasan Parsemus, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat menjalankan penyelidikan perubatan yang berbentuk penyelesaian masalah dengan kos yang lebih rendah.

Pertubuhan itu berharap kaedah baharu itu akan lebih murah, bertahan lama dan boleh diterbalikkan (kembali ke asal).

Vasalgel adalah hidrogel polimer yang akan disuntik ke dalam vas deferens iaitu tiub yang menyalurkan sperma ke zakar.

Gel tersebut kemudiannya akan bertindak menyekat pengaliran sperma, sekali gus mencegah dari terjadinya proses kehamilan.

Adakah Ianya Merbahaya

Mereka berkata, prosedur ini mempunyai kesan yang sama jika melakukan pembedahan vasektomi (pemandulan), tetapi kurang berbahaya memandangkan ia tidak memerlukan pembedahan dan tiub vas deferens hanya akan disekat dengan gel, tanpa perlu memotongnya.

Mereka juga berharap kaedah pencegahan hamil ini lebih murah dengan kosnya tidak melebihi daripada harga sebuah TV skrin leper.

Dalam ujian yang sedang dilakukan ketika ini terhadap babun, tiga haiwan tersebut disuntik dengan alat pencegah hamil Vasalgel. Setiap babun tersebut kemudian diletakkan di dalam sangkar bersama 10 hingga 15 babun betina.

Selepas enam bulan kemudian, tiada seekor pun babun betina tersebut yang bunting.

Kelebihan Kaedah Ini

Apa pun ujian tersebut masih lagi berjalan dan menjelang akhir tahun ini, Yayasan Parsemus yakin akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai sama ada Vasalgel tersebut berkesan atau sebaliknya.

Mereka menambah, jika segalanya berjalan dengan lancar pihak penyelidik merancang untuk menjalankan ujian klinikal ini ke atas manusia bermula tahun depan.

Antara kelebihan alat pencegah kehamilan ini, keadaan boleh dikembalikan ke asal. Maksudnya, jika lelaki tersebut mahu sekatan itu dihapuskan, satu lagi gel polimer boleh disuntik dengan tujuan untuk membuang Vasalgel yang menyekat sperma

Para penyelidik juga turut merancang untuk mereka ubat yang akan memberi kesan dalam tempoh beberapa jam selepas pengambilannya, tetapi keberkesanan tersebut akan hilang dalam tempoh 24 jam.

Lelaki hanya akan mengambil pil tersebut jika diperlukan iaitu sejurus sebelum melakukan hubungan seks.

Advertisement