5 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Gemarkan Janda Sebagai Isteri

Kebelakangan ini terlalu ramai kita lihat lelaki bujang yang berkahwin dengan janda. Wah, apa kelebihan yang janda ini miliki lebih dari wanita yang masih bujang ya?

Memanglah ramai yang berkata bahawa dengan memilih janda mereka lebih berpengalaman mengenai rumahtangga ini. Malah mereka juga bijak menguruskan hal keluarga dan mahir dalam soal mencuri hati melalui perut suami – pendek kata pandai masaklah.

Jom, kita tengok beberapa sebab mengapa lelaki kini lebih gemar menjadikan seorang janda sebagai suri hidupnya.

1. Gadis bujang kebanyakannya suka sangat berdrama

Kebanyakan lelaki berasa lemas bila diajukan dengan pertanyaan bertalu-talu dari wanita bujang dan kalau hendak ke mana-mana pastinya akan ditanya “Nak ke mana? Dengan siap? Nak buat apa? Balik pukul berapa?

Sebaliknya pula dengan janda, mereka selalunya lebih tenang dan biasanya melakukan segala hal sendiri. Ini membuatkan lelaki berasa ingin lebih berusaha untuk membuatkan diri mereka rasa diperlukan.

2. Janda sebagai pendengar yang baik

Memang kedengaran agak kasar, namun biasanya itulah realiti pahit yang berlaku di kalangan wanita bujang. Janda sudah terbiasa menjadi ketua keluarga, jadi mereka selalu meminjamkan telinga dan menjadi pendengar yang setia.

Disebabkan sifat inilah, lelaki mungkin akan berasa lebih selesa untuk berada di samping janda kerana mereka akan berasa lebih dihargai.

3. Gadis bujang selalu memaksa, janda pula selalu mengikut kata

Salah satu hal yang paling dibenci lelaki ialah dipaksa melakukan sesuatu perkara. Biasanya gadis bujang kuat memaksa dan suka memerintah lelaki untuk melakukan perkara yang dia inginkan.

Janda pula selalunya dikatakan lebih memahami seorang lelaki dan boleh berkompromi walau dalam apa juga keadaan. Janda juga selalu menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh suami mereka.

4. Janda tidak meminta yang bukan-bukan

Disebabkan mereka pernah berumahtangga dan sudah pernah menjalinkan hubungan sebelum ini, maka dia lebih faham dengan situasi seseorang lelaki berbanding wanita yang masih bujang ini.

Sebagai contoh, mereka tidak akan selalu meminta untuk ditemani pada setiap malam minggu, atau akan membiarkan teman lelakinya untuk keluar berhibur dengan rakan-rakannya yang lain.

5. Janda mempunyai pengalaman yang lebih luas dari segala aspek

Cara janda memandang sesuatu perhubungan itu adalah cukup berbeza berbanding dengan gadis yang bujang. Mereka memiliki tahap toleransi yang lebih tinggi dan tidak mudah marah, melenting atau merajuk.

Dari segi batin pula, sudah pastinya mereka lebih berpengalaman dalam membuatkan seseorang lelaki itu berasa bahagia kerana mereka pernah melakukannya bersama suami terdahulu.

Hebat juga penangan janda yang boleh membuatkan lelaki cair. Begitulah rupanya ramai sangai lelaki yang terpikat dengan janda. Rupa-rupanya banyak juga kebaikan yang didapati dari berpasangan dengan mereka. Anda pula bagaimana? Jadi fikir-fikirlah sendiri apabila ingin membuat pilihan samada memilih perawan atau janda.