Mujurlah Anda Bersunat, Kalau Tidak Ini Derita Yang Mungkin Ditanggung

Perkara paling menakutkan dalam hidup kaum lelaki adalah bila mereka berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan alat kelamin. Ramai lelaki tak boleh tidur tenang bila berhadapan dengan ini!

Bertambah ngeri bila mengetahui yang penyakit ini berkait rapat dengan amalan bersunat, dan semestinya lelaki yang bersunat memperoleh lebih banyak kebaikan dan kelebihan berbanding dengan mereka yang tidak bersunat.

Menurut laporan dari Cancer Research UK, kanser prostat sudah pun meragut nyawa lebih 130 lelaki di England pada tahun 2014 bersamaan dengan dua lelaki setiap minggu.

Awas semua kaum Adam, inilah saatnya untuk anda mulai mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetahui apakah tanda-tanda dan gejala kanser prostat supaya dapat mengubatinya pada peringkat awal. 

Antara tanda-tanda yang penting dan wajib untuk diketahui ialah:

  1. Muncul benjolan atau rasa sakit pada penis yang tidak sembuh dalam masa sebulan. Benjolan itu kelihatan seperti bisul, kutil atau kulit melepuh dan jarang terasa sakit.
  2. Pendarahan pada penis atau di bahagian bawah kulupnya. Jarang pendarahan berlaku pada bahagian tersebut jika tiada kecederaan.
  3. Penis mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun sudah dicuci berkali-kali.
  4. Ruam pada penis dan perubahan warna yang sangat ketara.

Siapa pula yang kemungkinan untuk berisiko mendapatkan kanser prostat?

  1. Lelaki yang berusia lebih dari 50 tahun
  2. Perokok aktif kerana bahan kimia dari rokok akan merosakkan DNA dan sel pada penis.
  3. Lelaki yang dijangkiti Human Papillomavirus (HPV) lebih berisiko terkena kanser prostat.
  4. Pemuda yang tidak berkhatan lebih berisiko mendapat penyakit ini berbanding pemuda yang berkhatan.

Kes paling teruk adalah pesakit yang menghidapi masalah ini terpaksa dibedah sehingga mengganggu fungsi seksual dan saluran kencing mereka. Kemungkinan lelaki tersebut tidak mampu menjalankan tugasnya sebagai suami seumur hidup? Sungguh menakutkan walaupun untuk difikirkan sahaja.

Jadi jika ada terdapat tanda-tanda tersebut seperti yang tertera di atas pada diri anda wahai kaum lelaki, janganlah ego atau melengahkan masa kerana pencegahan awal sekurang-kurangnya boleh membantu untuk menyelamatkan nyawa anda!