Benarkah Bahawa Lelaki Berusia Ada Banyak Kelebihannya?

Bagi kebanyakan wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman adalah merupakan saat yang menyenangkan. Kajian mendapati bahawa lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan sememangnya memiliki banyak keistimewaan.

Disebabkan ini ramai yang menganggap selalunya wanita yang memilih lelaki yang berusia ini berbuat demikian kerana inginkan yang berharta, namun bila diperhatikan wang ringgit bukanlah sebab utama mengapa kebanyakan wanita mudah tertarik dengan lelaki yang berusia.

Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan pilihan terbaik buat wanita.

1. Mereka Orang Yang Penyabar

Ramai yang mengatakan bahawa lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki yang penyabar. Sedar atau tidak, lelaki yang matang selalunya memiliki karakter yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.

2. Kelihatan Seksi Sentiasa

Wanita sering melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain dari memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.

3. Belajar Dari Kesalahan

Disebabkan faktor usia yang telah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Mereka akan lebih berwaspada dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.

4. Menghormati Pasangan Dan Orang Sekeliling

Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat. Lelaki ini juga akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga. Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga boleh menjadi pendamping yang menyayangi dengan penuh kasih sayang dan berlaku dewasa.

5. Tegas Dan Disiplin

Tegas dan disiplin merupakan sifat yang dimiliki oleh setiap lelaki yang sudah matang. Mereka juga tidak suka pada suatu yang remeh, selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa ingin berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai. Alangkah beruntungnya wanita itu yang menjadi teman wanitanya!

Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda. Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.

Apa yang penting adalah anda berfikir dengan waras dan berdisiplin dalam apa juga yang anda lakukan. Sebenarnya kebanyakan sifat yang ada pada lelaki matang itu, boleh diusahakan oleh lelaki muda untuk mencapai taraf yang sama seperti mereka.