Health

5 Ujian Kesihatan Yang Setiap Lelaki Luar Sana Perlu Buat!

View 365 : Today 1

Berbanding dengan kaum wanita, lelaki dikatakan golongan yang sememangnya kurang berminat pergi ke klinik apatah lagi untuk mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan. Malah jangan terkejut jika kaum lelaki yang kebanyakannya terlewat mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Jangan cemburu apabila ada statistik yang menunjukkan bahawa wanita sepuluh tahun hidup lebih lama kerana mereka ini ternyata lebih peka dengan tahap kesihatan. Kepekaan ini boleh membantu untuk mengenalpasti masalah kesihatan pada peringkat awal.

Jika anda baru saja terfikir untuk memelihara kesihatan, lima senarai ujian kesihatan ini mungkin boleh membantu.

1. Kemurungan

Masalah kegemukan atau masalah tekanan boleh menyebabkan kegagalan dalam menguruskan kehidupan anda. Masalah kemurungan agak sukar untuk dikesan jika dilihat dari segi luaran melainkan anda perlu bertemu doktor kerana perubahan ketara dari segi tenaga, emosi, keletihan melampau dan hilang pertimbangan apabila berdepan dengan masalah kecil.

2. Barah kolorektum

Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi jumlahnya semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, inilah masanya untuk anda bertemu dengan doktor bagi mengesan penyakit barah ini lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser.

3. Tekanan darah

Adakah anda tahu berapa tinggi tekanan darah anda ketika ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Stres di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.

4. Kolesterol

Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Amalan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL.

5. Lakukan BMI dan ukuran pinggang

Tekanan darah tinggi merupakan satu petunjuk di mana anda perlu melakukan ujian kencing manis. Selamatkaan hidup anda dengan mengekalkan berat badan yang sihat. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Menerusi ukuran BMI, anda boleh mengelakkan dari masalah obesiti.

Sebenarnya banyak kelebihannya jika anda kerap pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerana ia boleh membantu anda mencegah dari penyakit menjadi lebih parah dan mengenalpasti gejala sebarang penyakit yang sedang anda hidapi.

Elakkan dari menjadi terlalu yakin mengatakan anda sihat kerana kemunculan awal penyakit sukar untuk dilihat dengan mudah sehinggalah anda mula rasa perubahan diri yang semakin hari semakin teruk. Jadi tunggu apa lagi, segera pergi membuat temujanji dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Click to comment
To Top