5 Cara Mudah Mendapatkan Tubuh Badan Yang Sado Tanpa Perlu Ke Gym


- 30 Dec 16
View 3,156 : Today 3

Lelaki zaman kini dilihat semakin ramai mula menarik minat untuk mendapatkan susuk badan yang sasa. Ini adalah satu perkembangan baik dalam kesihatan masyarakat seterusnya dapat mengurangkan risiko obesiti yang malangnya semakin meningkat di negara kita.

Advertisement

Faktor kesibukan kerja harian dan masa yang tidak mengizinkan kerap menjadi penghalang kepada kaum lelaki zaman ini untuk “work out” di gym. Tetapi usah risau, kata pepatah selagi ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Banyak alternatif sebenarnya kalau ingin menjadi sado.

Untuk brader-brader yang masih belum ingin untuk ke gym, rileks dan bolehlah cuba 5 tips ini yang hanya boleh dilakukan dirumah.

1. Komitmen kepada makanan yang sihat dan seimbang

Ini amat penting untuk membina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat terutamanya di pagi hari. Hindari makanan segera yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.

2. Dapatkan cukup protein

Dapatkan protein yang mencukupi kerana protein boleh membantu kita untuk menguatkan jaringan otot ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebaik sebelum dan sesudah latihan. Minum susu kocak berprotein untuk melengkapkan makanan protein kita.

3. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur.

Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur. Sebaik selepas metabolisma anda kembali aktif maka ia akan memudahkan anda untuk melaksanakan tugas harian dan juga aktiviti kecergasan dengan mudah.

4. Lakukan aerobik aktif

Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan jogging.

5. Gabungkan latihan rutin membina kekuatan tubuh

Gabungkan latihan rutin untuk membina kekuatan tubuh selama 3 hari dengan tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan dengan kaedah selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak.

Namun jangan pula harapkan untuk menjadi sado hanya dengan beberapa hari menjalankan rutin yang dinyatakan di atas sebab untuk membina badan yang cantik dan sado, ia memakan masa yang agak lama dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Jangan mudah berputus asa pada peringkat permulaan kerana lambat laun hasilnya akan kelihatan.

Paling penting jika benar-benar ingin mendapatkan badan yang sado adalah dengan memiliki tahap disiplin yang tinggi. Jangan sesekali anda tertinggal 5 tips penting ini kerana bimbang ia akan membantutkan pembinaan otot anda dan amalkan dengan penuh semangat. Selamat mencuba, dah sado jangan pula gatal mahu jadi playboy pula ya!

Advertisement