Selalunya dendam di hati kaum isteri disebabkan suami pernah menghancurkan kepercayaan yang diberikan isteri terhadap dirinya. Biasanya, isteri mula berdendam apabila melibatkan orang ketiga. Rasa sakit hati yang melampau ini tidak mudah terpadam dengan sekadar ucapan maaf.

Marah dan sakit hati yang akhirnya menjadi dendam ini akan mencetuskan rasa mahu bertindak balas, sama ada secara terus-terang, senyap atau menunggu waktu yang sesuai bagi membalas rasa dendam itu.

Punca

Sering kali dendam ini dilakukan isteri yang sakit hati kerana dilukai oleh `kenakalan’ suami, seperti berbohong dan memberi perhatian atau bercinta dengan wanita lain. Dendam ini bermaksud seperti perkara berikut:

1. Pemberian kasih sayang suami pada wanita lain

2. Berbelanja serta memberi wang ringgit kepada yang bukan untuk diri dan keluarganya

3. Memberi perhatian berlebihan kepada wanita lain dan bukan pada isterinya

4. Berbohong dan tidak bercakap benar tentang apa yang isterinya tidak suka

Tip buat suami berhadapan dengan isteri pendendam, suami perlu melakukan beberapa perkara:

1.  Dapatkan semula kepercayaan isteri sebagai peluang kedua.

2.  Gunakan peluang kedua dengan sebaiknya agar tidak membuat kesilapan berulang.

3.  Tolonglah berterus-terang pada setiap masa.

4.  Mendahulukan dan mengutamakan isteri dalam apa jua keadaan.

5.  Menjadikan isteri sebagai orang paling istimewa dalam hidup suami selepas ibunya.

6.  Melibatkan aktiviti harian dengan isteri sepenuhnya.

7.  Memberitahu isteri, dia orang yang pertama diberitahu tentang sesuatu perkara yang berlaku.

Cara Ambil

Kerap kali isteri yang terluka disebabkan oleh rasa dibohongi atau ditipu akan lebih berwaspada di lain waktu. Oleh yang demikian, tugas suami hendaklah mengambil semula hati dan kepercayaan isteri, dengan apa cara sekalipun. Isteri akan lebih berhati-hati dengan memeriksa kelakuan serta gerak-geri suami agar dirinya tidak tertipu atau dibohongi lagi.

Bagi isteri yang pernah dilukai, dia agak sukar menerima apa sahaja termasuklah pemberian istimewa daripada suami, kerana menganggap pemberi itu sekadar mahu menutup kesalahan dan tidak ikhlas.

Memberikan hadiah yang besar dan mahal tidak digalakkan kerana lebih besar dan lebih mahal hanya menunjukkan lebih besar dan lebih mahal dosa yang telah diperlakukan. Namun dendam tetap akan berlaku disebabkan kurang menerima perhatian, hadiah ataupun wang ringgit. Setiap isteri akan mencatu dan memerhati waktu suami untuk memastikan suami tidak mempunyai aktiviti lain selain daripada dirinya.

Untuk mengambil hati isteri, seorang suami perlulah…

1. Berada di sisi isteri sepenuh masa

2. Luangkan masa bersama isteri dan bukan dengan kawan-kawan

3. Memberitahu setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari

4. Memasukkan isteri di dalam agenda suami

5. Membenarkan isteri memeriksa handphone dan laman media sosial suami

6. Membenarkan isteri menjawab handphone suami

7. Berterus-terang

8. Berkongsi maklumat yang tidak melibatkan wanita lain

9. Memberi masa untuk isteri menenangkan dirinya