Petua Lebatkan Rambut Jarang Atau Gugur Dengan Berkesan

Siapa yang tidak ingin untuk memiliki rambut lebat yang senang untuk digayakan untuk apa-apa sahaja stail rambut yang kita mahu. Rambut gaya abang-abang dari Korea, memang meletup kebelakangan ini.

Bagi mereka yang memiliki rambut jarang dan banyak gugur dan tidak lagi lebat, maka stail rambut yang boleh digayakan untuk mereka adalah sangat terhad dan mungkin botak adalah yang terbaik bagi lelaki, tetapi ramai juga lelaki yang ingin kembali bergaya dengan rambut yang versatil.

Mereka juga pasti memiliki keinginan untuk melebatkan rambut mereka semula kan. Rambut itu kan mahkota kita tak kira samada lelaki mahupun perempuan.

Berikut adalah beberapa petua yang amat menjimatkan anda untuk melebatkan rambut jarang dan gugur, diharap dapat membantu.

1)Kacang Hijau

Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut. Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sambil anda sapu, picit kulit kepala anda pelahan-lahan.

Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.

2)Daun Pandan

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.

Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air. Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya

3)Minyak Kelapa Hijau

Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih. Kemungkinan anda berasa janggal kerana baunya agak kurang menyenangkan sedikit. Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

4) Daun Lidah Buaya

Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur. Kemudian anda sapukan sebatian itu dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air. Lakukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu.

5)Vitamin Natural

Perkara yang anda makan juga memainkan peranan penting dalam cara melebatkan rambut anda dengan berkesan. Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut.

Banyakkan pengambilan makanan yang berasaskan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang membantu untuk menguatkan akar rambut anda. Selain itu ia juga menjadikan rambut anda lebih menarik dan lebat.

Tiada jaminan tips-tips diatas akan berkesan 100% tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba bukan? Selain dari tips dan petua di atas, anda juga boleh pergi jumpa pakar rambut yang memerlukan perbelanjaan lebih jika anda mampu.