Selain Kacak, 5 Sifat Lelaki Berikut Turut Disukai Perempuan

Selain berwajah kacak, apa lagi ciri-ciri lelaki yang disukai kaum hawa? Kalau seseorang lelaki itu berwajah kacak seperti Jude Law ataupun di Malaysia lebih kurang seperti Fattah Amin dan Zul Ariffin, sudah semestinya perempuan lutut menggeletar.

Tapi bagi lelaki-lelaki yang sedang membaca artikel ini, awak semua jangan stereotaip sangat sebab selain menghabiskan duit pergi spa, melaram bagaikan awak itu wak doyok sekalipun, perempuan akan pandang jugak beberapa kriteria selain tahap rupa wajah seseorang itu.

Berikut adalah beberapa kriteria yang perempuan akan pandang dahulu sebelum memlih anda menjadi lelaki.

1. Perempuan suka lelaki pandai

Lelaki yang pandai akan bijak memulakan perbualan dan mengawal suasana, membuat keputusan, buat kerja pun tak perlu disuruh dan yang paling penting boleh tolong cari jawapan menggunakan idea mereka itu di waktu kecemasan. Lelaki pandai senang nak urus lebih-lebih lagi untuk wanita urban yang kebanyakannya kekwat.

2. Perempuan suka lelaki kelakar

80% perempuan dekat dunia ini akan memilih lelaki yang kelakar berbanding lelaki handsome. Sebab lelaki kelakar boleh membuatkan mood perempuan yang sedih berubah menjadi gembira, tapi kalau handsome mungkin ada risiko kena kebas kot? Sebab dah banyak kali terjadi pada rakan-rakan ni.

3. Perempuan suka family guy

Kalau anda sukar nak layan family sendiri, camne nak tackle awek korang? Lelaki yang penyayang dan mengutamakan keluarga ini akan kelihatan lebih menarik dan hangat pada pandangan wanita. Tak percaya pergilah ‘dating’ bawa anak buah anda mesti awek anda terbuai punya.

4. Perempuan suka lelaki pandai masak, main muzik, menyanyi, menari

Tak tentu juga ini, memang perempuan akan suka bila lelaki tu ada kelebihan bakat tertentu. Tapi sesetengah perempuan memang cukup suka apabila lelaki pandai masak, atau memang pandai main muzik. Kalau anda ada hobi-hobi tertentu macam ni, maksudnya anda memiliki daya penarik yang lebih sikit dari yang lain!

5. Perempuan suka lelaki pemurah tapi pandai kawal kewangan

Perempuan memang pantang kalau dia tengok lelaki itu ada memiliki sifat-sifat gemar menderma, sebab ia menunjukkan seperti anda ni ikhlas, bertanggungjawab, prihatin. Tapi bukan kata mereka ini suka anda bersifat pemurah dalam membeli-belah. Perempuan suka kalau lelaki pandai merancang hal kewangan, barulah nampak serious sikit dalam hidup tu.

Sepertimana yang dinyatakan di atas, memanglah perempuan suka lelaki yang kacak dan baik secara lazimnya. Tapi disebalik kecenderungan terhadap gaya rambut artis korea ataupun berbentuk tubuh badan seperti Cristiano Ronaldo mahupun mata kuyu macam KJ, perempuan tetap juga akan mengambil kira jugak ciri-ciri yang lain. Kacak, bergaya dan sado sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan masa hadapan.