Terseksa ‘Mati Pucuk’ Ketika Sedang Ghairah? Ini Cara Merawatnya


- 30 Dec 16
View 2,990 : Today 1

Berjimak atau melakukan hubungan seks bersama pasangan adalah suatu anugerah dan kenikmatannya pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap pasangan, namun ia juga boleh menjadi igauan bagi mereka yang ‘mati pucuk’.

Mereka yang berusia 50 tahun ke atas lebih mudah terdedah dengan masalah mati pucuk ini. Menurut ilmu perubatan, mati pucuk adalah disebabkan gangguan psikologi.

Advertisement

Namun pada zaman serba canggih dan berteknologi ini, bukan sahaja mereka yang berusia mengalami masalah sedemikian malah remaja juga turut menderita masalah yang sama terutamanya kepada mereka yang kerap beronani.

Masalah mati pucuk biasanya terjadi kerana tidak mendapat bekalan darah secukupnya mengalir kepada zakar. Laporan perubatan juga menunjukkan bahawa mati pucuk merupakan gejala awal gangguan kardiovaskular yang akan memudaratkan jika tidak dirawat segera.

Terdapat banyak tumbuhan semula jadi yang boleh dijadikan penawar mati pucuk dan mengembalikan tenaga batin serta meningkatkan ghairah lelaki. Halia adalah antara tumbuhan paling mudah didapati.

Siapa sangka halia yang sering digunakan dalam masakan, malah menaikkan lagi selera makan kita rupa-rupanya mampu dijadikan ubat penawar bagi kaum Adam yang mati pucuk!

Kandungan dalam halia dapat meningkatkan peredaran darah selain memperbaiki sel-sel yang rosak pada alat kelamin lelaki. Halia sangat bagus dalam mengatasi Disfungsi Erektil (ED) juga dikenali sebagai masalah tenaga batin.

Caranya:

  1. Sebatang halia sebesar ibu jari, dikupas kulitnya, basuh dan parut.
  2. Campurkan parutan halia dengan air perahan sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi, 1 sudu makan madu dan 1 sudu makan kicap

Bagaimana tidak susah kan hendak membuatnya? Selain dari menggunakan halia di dalam masakan sekarang anda boleh juga menjadikan halia ini sebagai penawar bagi masalah berkenaan seksual. Begitu besar manfaat halia ini rupanya.

Amalkan memakan ramuan ini seminggu sekali. Mudah-mudahan berkesan. Semoga mereka yang sudah berumahtangga dan sering mengalami masalah seperti ini akan kembali pulih dengan adalah kaedah penawar yang mudah dan semulajadi ini.

Advertisement