‘Wanita Di Atas’ Posisi Setubuh Paling Bahaya Untuk Lelaki

Saintis mendapati bahawa posisi ‘wanita di atas’ atau nama lainnya dipanggil ‘Cow girl’ ketika bersetubuh adalah salah satu posisi yang paling berbahaya buat lelaki. Mengapa pula ya?

Jika anda tidak tahu, posisi ini memberikan kebebasan kepada kaum wanita sendiri untuk mengawal situasi ketika seks dan lelaki hanya perlu berbaring sambil memberikan stimulasi pada kelentit mereka.

Namun begitu ramai wanita yang menggemari posisi ini kerana mereka berasa dominan ketika itu. Dan juga kerana ia memberikan simulasi yang memuaskan kepada wanita yang sedang bergerak di atas.

Menurut penyelidikan terbaru itu, kedudukan itu nyata mengakibatkan risiko yang besar kerana kemungkinan untuk berlaku keadaan zakar yang patah lebih dari separuh (50 peratus) semasa bersetubuh.

Ini nyata berbeza bagi posisi ‘doggy style’, dimana kedua-dua kaki dan tangan menyokong badan hanya menyebabkan risiko sebanyak 29 peratus. Posisi terbaik untuk zakar lelaki adalah posisi ‘lelaki di atas’ atau dikenali sebagai ‘missionary’ yang hanya menyebabkan 21 peratus risiko.

Dalam satu kajian Urologi, penyelidik membuat hipotesis menegah lelaki menghentikan pergerakan secara mengejut di dalam keadaan zakar yang menegang. Ini kerana seluruh berat wanita tertumpu pada bahagian sulit itu yang menyebabkan wanita akan mengalami kesakitan apabila gerakan terhenti secara mengejut.

Penyelidik membuat kesimpulan selepas mendapati 44 kes kecederaan zakar lelaki di Campinas, Brazil, 42 daripada kes tersebut adalah daripada mereka yang mengakui mengamalkan posisi ‘wanita di atas’ sewaktu bersetubuh.

Kajian ini mengambil masa 13 tahun bagi penyelidik membuat kesimpulan tersebut. Walaupun begitu anda masih boleh mengamalkan cara yang lebih selamat untuk melakukannya tanpa risiko kecederaan.

Antara cara-cara selamat untuk anda melakukan aksi “wanita di atas” bersama dengan pasangan anda adalah dengan:

  1. Anda digalakkan bersandar pada kepala katil agar anda boleh melihat sendiri bagaimana zakar anda masuk dan keluar.
  2. Menggunakan tangan anda untuk mengawal pergerakkan pasangan anda ketika menghenjut dan mengawal kemasukan posisi zakar anda.
  3. Kawal berat badan pasangan anda dengan memegang pinggulnya untuk mengikuti rentak agar seirama.
  4. Jangan melakukan aksi ini dengan pantas tetapi lakukannya perlahan-lahan agar zakiar anda berada dalam keadaan yang lebih selamat.

Penyelidik menyifatkan kecederaan alat sulit merupakan ‘suatu yang luar biasa’ kerana ramai pesakit malu dan takut untuk mendapatkan rawatan.Disebalik masalah ‘luar biasa’ ini, lelaki diminta terus mendapatkan pandangan profesional sebaik mereka merasa tidak selesa pada bahagian alat sulit.