Kenali Lelaki Metroseksual

Apakah yang anda faham tentang lelaki yang metroseksual?? Anda jangan salah sangka pula yang lelaki metroseksual tu bukan lah lelaki homoseksual. Dua perkara tu berlainan tau.. Jom kita baca, apakah yang dimaksudkan dengan metroseksual dan ciri-ciri lelaki yang metroseksual.

Metroseksual

Pada mereka, hanya perempuan boleh pening memikirkan gaya dan fesyen. Cuma perempuan yang akan memikirkan gaya hidup sempurna dengan begitu teliti dalam setiap perkara.

Jujurnya, itu semua pemikiran lama yang tidak patut wujud lagi pada 2014 ini. Mentaliti dan pandangan seumpama itu mungkin masih relevan dua dekad lalu namun bukan hari ini terutama golongan anak muda yang sudah sedia terdedah kepada dunia luar.

Mengapa lelaki tidak boleh mementingkan gaya? Adakah seseorang lelaki perlu kekal dengan imej selekeh, serabai dan tidak kemas? Adakah jenis lelaki seperti itu baru dianggap lelaki maskulin dan sejati?

Ciri-Ciri Lelaki Yang Metroseksual 

1. Teman membeli-belah

Sering kelihatan di kawasan beli-belah dengan wanita sibuk berbelanja sakan dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda tatkala cerewet memilih barangan sehingga berjam lamanya.

Lain pula halnya jika kekasih kamu itu dalam kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu, malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.

2. ‘Dua jam untuk bersiap?

Mereka tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala menghias rambut supaya sentiasa kelihatan kemas ketika bersama kamu.

3. Penyuntik semangat peribadi

Sanggupkah kamu untuk mempunyai kekasih yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri kamu sendiri? Dengan dia di sisi, kamu akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia.

Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat kamu untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.

4. Lebih banyak persamaan

Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar perkara yang berkaitan dengan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik kamu untuk melakukan hobi kalian bersama. Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.

5. Wangi

Sesetengah lelaki memandang ringan perihal kebersihan serta penampilan diri dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar mengganggu fokus ketika ‘dating’.

Tetapi jika berdamping dengan kekasih metroseksual, kamu anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.

 

Sponsor Ads

Impikan Prestasi Seksual serta Kesihatan ‘Overall’ Anda Kembali Berfungsi Seperti Ketika Remaja Dahulu? Anda Patut Cuba produk Ini, 100% Natural Dan Lulus KKM & Serta Halal Jakim

Kelakian | Kesihatan | Tenaga
Jika anda mengalami masalah kesuburan atau Lemah Tenaga ‘Dalaman’ , anda boleh mengamalkan suplement herba akar kayu seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga. Herba Alpha Capsule dari Global M-Prolabs Sdn Bhd diakui ramai dapat meningkatkan kesuburan lelaki sepantas 14 hari sahaja. Mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga diperakui Halal oleh JAKIM.

Untuk info lanjut mengenai Alpha Capsule, sila KLIK DI SINI