Berubah Atau Anda Akan Musnah

Hidup ini adalah pilihan kita sendiri untuk merubah masa depan kita. Jika kita tersalah pilih jalan maka rosak lah masa depan kita. Apa yang berlaku di hadapan adalah pada kita hari ini. Setiap orang di beri pilihan dalam hidup tetapi kita sendiri harus menilai sama ada pilihan itu yang terbaik untuk kita masa hadapan.

Dalam penomena alam ini, terlalu banyak bnda yang dapat kita pelajari untuk mengajar kita tentang kehidupan seharian. Sebagai contoh seekor katak.

katak

Letakkan katak hidup di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.

Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.

Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi “Boiling Frog syndrome”. Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.

Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut anda berubah