Alasan Kenapa Lelaki Tidak Boleh Memakai Barang Emas


- 21 Jan 16
View 1,130 : Today 1

Tentu anda semua pernah mendengar bahawa umat islam melarang keras kaum lelaki memakai emas. Mungkin diantara kalian bertanya-tanya kenapa islam melarangnya, padahal emas adalah bukan benda haram. Kalau haram tentu wanita juga dilarang memakai emas. Ternyata bukan kerana takut kaum wanita terserlah kekayaan tapi kerana ada alasan lain yang dapat dibuktikan.

Advertisement

Mengikut hadis, Nabi Muhammad SAW telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas [Al-Bukhari dan Muslim] masing-masing dari Al-Bara’ bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa ketika Nabi Muhammad SAW melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya membuang cincin tersebut, kemudian melemparkannya ke tanah. Hadits ini diriwayatkan oleh imam al bukhori dan imam muslim.

Ternyata diabad ke 20, Para ahli fisik telah membuat kajian tentang hal ini dan kemudian menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia, dan jika kita (lelaki) memakai emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka dapat disimpulkan iaitu di dalam darah dan urine akan mengandung atom emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas). Dan apabila hal ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Sebab jika tidak di buang maka dalam jangka waktu yang lama atom emas dalam darah ini akan sampai ke otak dan mengakibatkan penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Salah seorang yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson dan sugar ray robinson.

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk memakai emas ? “Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi.” itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

Itulah alasan agama islam melarang lelaki memakai emas,ternyata hal ini telah diketahui rasulullah Muhammad sallallahu alaihi wasallam 1400 tahun yang lalu. Padahal beliau tidak pernah belajar ilmu fizik dan tidak faham tentang fizik. Allahu akbar.

Advertisement