Cari Penyelesaian Ketika Anda Ada Masalah

Dalam kehidupan harian kita, pasti akan jemu bila asyik makan makanan yang sama setiap hari. Dalam situasi ini, anda akan berusaha dan berfikir untuk mencari makanan yang berlainan masakannya atau mencari restoran yang berlainan.

Sama macam kes di atas, pernahkah anda menemui jalan buntu dan merasa putus asa? Anda merasa terkurung oleh empat tembok tanpa jendela dan terkurung dalam persekitaran yang sempit padahal ada pintu yang tidak terkunci. Anda merasa tidak dapat berbuat apa-apa, tidak berdaya. Apa yang harus Anda lakukan? Beberapa saranan di bawah ini mungkin dapat anda terapkan dan menilai penyelesaian di saat anda menemui jalan buntu.

Mencari jalan keluar

Ada kalanya jalan itu terbentang di hadapan anda tetapi anda tidak perasan atau tidak sedar atau mungkin anda ingin berusaha secara berterusan untuk mencari penyelesaian, anda tidak dapat melihatnya. Yang anda perlukan dalam kes seperti ini ialah mencipta kreativiti anda sendiri.

Anda dapat melatih kreativiti pemikiran seperti:

  • Mengambil jalan lain ketika pergi atau pulang kerja, melatih otak anda untuk tidak melakukan hal-hal rutin harian anda.
  • Ketika menyanyikan sebuah lagu, cubalah mengubahnya sedikit, tidak seperti yang aslinya.
  • Memakai pakaian yang berlainan gaya atau warna.

Bersikap positif

Kadang-kadang jalan keluar itu tidak semudah yang dituturkan di atas. Mungkin saja berliku-liku dan berterusan, tetapi bila diusahakan ada jalan yang terbentang luas untuk dilalui. Tetaplah dalam diri anda untuk bersikap positif, jangan lekas putus asa. Dengan sikap yang positif, fikiran anda lebih terbuka. Dengan demikian lebih mudah menemuikan jalan keluar.

Percaya diri

Pertahankan rasa percaya diri, kerana anda akan lebih mudah mencari jalan keluar bila anda mempunyai rasa percaya diri. Seperti ketika anda kehilangan pekerjaan kerana syarikat majikan anda ditutup, bila anda menerapkan rasa percaya diri, anda akan lebih mudah mencari pekerjaan baru. Tidak ada yang lebih menarik bagi calon majikan anda daripada sikap percaya diri. Bahkan bila anda kurang mengerti atau faham tentang pekerjaan yang baru itu, bila anda menunjukkan sikap percayakan diri sendiri anda pasti akan berjaya.

Harapan

Pengharapan adalah cahaya yang menerangi jalan anda dalam mencari jalan keluar. Tanpa pengharapan anda akan merasa semua jalan tertutup. Tetaplah pendirian menyalakan cahaya itu dengan kepercayaan anda kepada Allah. Usah peduli apakah persoalan yang anda hadapi besar atau kecil, bila masih ada pengharapan anda akan mampu menghadapinya dan menemukan jalan keluar.

Tidak putus asa

Katakanlah Anda jatuh cinta kepada seseorang, sayangnya cinta anda tidak disambut. Apakah anda akan putus asa dan menganggap tiada cinta lain? Anda memang tidak dapat memelihara pengharapan anda terhadap orang itu kerana akan sia-sia belaka. Pasti ada cinta orang lain yang akan datang dalam hidup anda, jangan hanya terpaku pada satu orang sahaja.

 

Biarlah apa yang sudah terjadi menjadi pengajaran bagi anda, tetapi teruslah berjuang, teruskanlah perjalanan hidup anda. Yakinlah bahawa anda akan menemukan orang yang menghargai cinta anda. Mengapa harus membuang tenaga untuk sesuatu yang tidak dihargai? Jalan keluar anda dalam hal ini ialah mengalihkan perhatian anda kepada orang lain. Pasti ada penyelesaian untuk patah hati selain jatuh cinta lagi. Cubalah menjalin hubungan dengan orang lain.