Bila Dah Masuk Umur 40an

1. Di awal 40 an saya dapat banyak berita orang mati yang teridiri daripada saudara atau kenalan kita yang lebih berumur dari saya. Saya dengar banyak berita kawan-kawan yang mengidap sakit dan kemalangan. Setelah umur saya 43 lebih saya dengar banyak berita kematian orang yang lebih dekat usia dengan saya,ada yang lebih muda dan ada yang sedikit tua.

Saya pun terfikir mungkin hikmat Allah yang tidak terbatas, Ia bukan sahaja peringatkan kita dengan ayat-ayat yang di baca tetapi juga melalui ayat-ayat yang dilihat dan dirasa. Barangkali Ia hendak  memberitahu kita bahawa giliran kita semakin hampir. “Cukuplah kematian menjadi peringatan”.

2. Bukan semestinya perkara duka berlaku di awal usia 40 an. Di awal 40an juga kawan-kawan mula banyak bercakap tentang poligami atau berbini dua (bahasa kedai kopi) di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja buka tajuk bersembang, topik akan segera terpesong kepada poligami.

Saya berfikir juga kenapa minat itu tiba-tiba menjadi diusia ini, ia lebih rancak dari masa perkahwinan pertama. Banyak juga cerita orang yang benar-benar dah kahwin dua dan ada yang senyap-senyap. Ada orang tanya pada Dr Tambi, adakah kerana nafsu lelaki semakin kuat pada usia itu, dia jawap eksyen je tu.

Saya pun fikir lagi, cari jawapan yang lain… Satu hari terlintas dalam fikiran saya, boleh jadi kerana kebanyakan mereka kahwin pada usia yang sama.

Pada usia 40an kebanyakkan orang sudah stabil, kehidupannya mula berubah. Dia dah bina kehidupan yang sedia baru, rumah baru, kereta baru, semua baru dan gaya hidup semakin baru…cuma isteri sahaja yang “buruk”, seusia 40an.

3. Antara yang menarik juga pada usia 40an ialah cerita anak-anak yang kian dewasa. Perbualan sekali sekala terselit cerita kahwin anak dan cari menantu. Cari jodoh dan cari besan. Mungkin inilah yang orang dahulu rasakan dan mungkin itulah yang bakal kita semua lalui. Sunnah hidup, dulu kita hanya dengar dan tengok, kini kita mula laluinya sendiri.

 

Sponsor Ads

Impikan Prestasi Seksual serta Kesihatan ‘Overall’ Anda Kembali Berfungsi Seperti Ketika Remaja Dahulu?

Anda Patut Cuba produk Ini, 100% Natural Dan Lulus KKM & Serta Halal Jakim.