Di Ambang 40-an Wanita Perlu Bersedia Hadapi Perubahan

Mungkin juga ada yang mahu berselindung di sebalik usia keramat yang penuh cabaran ini.

Hakikatnya dalam usia 40-an mereka perlu mengetahui bahawa banyak masalah berkaitan kesihatan akan timbul berhubung kait dengan perubahan pada tahap kesuburan, kehamilan, keterampilan serta seksual.

Fenomena ini perlu diberi perhatian serius oleh wanita dan lelaki demi memastikan kelangsungan kesejahteraan hidup.

Ini diakui sendiri oleh Pemangku Pengarah Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN), Dr. Mohd. Ismail Thamby, ketika menyampaikan ceramah awam Kesihatan Lelaki dan Wanita Di Ambang 40-an, di Pusat Sains Negara, baru-baru ini.

Selain itu, perubahan kesihatan fisiologi dan perubahan akibat penurunan hormon yang berkurangan juga merupakan aspek yang perlu diambil kira oleh mereka.

Wanita akan kehilangan fungsi kesuburan apabila putus haid atau menopaus.

Dalam usia ini, kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada mengalami proses ketuaan. Mereka turut mengalami proses yang sama seperti kaum wanita termasuklah berpeluh, rasa panas badan, berdebar dan perubahan pada kulit.

Menurutnya, perubahan ini dinamakan andropaus di kalangan kaum lelaki.

Biarpun jangka hayat wanita dan lelaki semakin bertambah iaitu 74 tahun bagi wanita manakala 70 tahun bagi lelaki namun penyakit kronik dan masalah kesihatan yang lain masih berada di tahap yang sama.

Keadaan ini berlaku disebabkan kurangnya kefahaman serta sikap tidak mengambil berat mengenai perubahan-perubahan yang dihadapi oleh mereka selepas mencecah usia ini.

Bagi wanita di ambang 40-an bermakna tahap kesuburan mereka semakin menurun. Tidak digalakkan hamil lagi memandangkan pelbagai risiko terhadap diri dan kandungan yang terpaksa dihadapi.

Kaedah penyusunan keluarga bagi mereka yang berada di ambang 40-an amat diperlukan dan doktor biasanya mencadangkan mereka mengambil pil perancang.

”Sekiranya mereka masih mahu meneruskan kandungan, ibu-ibu dinasihatkan mengadakan pemeriksaan yang berkala bagi memastikan kesihatan ibu dan janin berada di tahap yang memuaskan,” ujarnya.

Di kalangan mereka yang hamil dalam usia begini lebih mudah mengalami tekanan serta risiko mendapat penyakit seperti kencing manis dan jantung.

Secara tidak langsung turut menjejaskan kandungan. Mereka juga lebih mudah mengalami keguguran, kelahiran tidak cukup bulan, bayi mati dalam perut dan bayi cacat.

Selain itu perkara lain yang turut dikaitkan dengan perubahan ini ialah keterampilan diri di kalangan wanita dan lelaki.

Dalam keadaan ini kata Dr. Ismail, perubahan yang ketara lebih banyak di kalangan wanita berbanding lelaki seperti bentuk tubuh wanita tersebut jauh berbeza berbanding 20 atau 30 tahun lalu.

Katanya, ini kerana kadar metabolisme semakin berkurangan di kalangan wanita yang meningkat usia.

Bagi mereka yang tidak peka dengan perubahan ini akan menghadapi masalah untuk menarik perhatian pasangan.

Beliau yang turut mengaitkan daya tarikan isteri kepada suami adalah antara aspek penting dalam mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga memberitahu, bahawa wanita perlu mengetahui tindak balas dan rangsang yang perlu untuk pasangannya.

Dari segi seksual lelaki di peringkat usia ini akan menghadapi masalah mencapai rangsangan atau dikenali sebagai Erectile Dysfunction.

Keadaan ini berlaku apabila darah yang masuk ke dalam zakar tidak berjalan lancar dan akan mengganggu fungsi zakar mengembang dan menegang.

Sebagai usaha memulihkannya, pelbagai jenis rawatan disediakan untuk mereka yang menghadapi masalah sedemikian.

Antaranya memasukkan ubat bagi tujuan melancarkan perjalanan darah dalam zakar melalui suntikan, menggunakan pam bagi menyedut darah serta urutan.

Dr. Ismail menambah, penggunaan pil viagra turut membuktikan sebagai salah satu daripada usaha untuk meningkatkan nafsu bagi lelaki.

Selain itu, kanser pada bahagian reproduktif atau prostat turut dikaitkan dengan perubahan yang dialami lelaki yang mencecah usia 40-an.

Seperti juga wanita, lelaki turut berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi.

Bagi wanita pula, Dr. Ismail berkata, mereka perlu mencegah daripada diserang penyakit kanser payu dara dan kanser servik atau pangkal rahim yang merupakan pembunuh utama wanita.

Sehubungan itu katanya, di peringkat awal lagi wanita digalakkan melakukan pemeriksaan sendiri payu dara (PSP) bagi mengesan sebarang kelainan.

Manakala bagi wanita yang telah berkahwin dinasihatkan menjalani ujian pap smear bagi mengesan sebarang masalah berkaitan rahim dan pangkal rahim.

Menurutnya lagi, bagi wanita yang tidak mendapat sebarang rawatan selepas putus haid, akan merasa tidak selesa pada vagina apabila melakukan hubungan seks. Ini disebabkan keadaan kulit faraj semakin nipis dan melecet manakala kulit di bahagian lain semakin kehilangan sifat kegebuan dan kering.

Selain itu, semakin meningkat usia seseorang semakin bertambah risiko mendapatkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti kerapuhan tulang atau osteoporosis.

Oleh itu adalah wajar setiap individu wanita dan lelaki lebih prihatin terhadap kesihatan diri di samping bersiap sedia menghadapi perubahan yang akan berlaku apabila usia mencecah 40-an.

 

Sumber

 

Sponsor Ads

Impikan Prestasi Seksual serta Kesihatan ‘Overall’ Anda Kembali Berfungsi Seperti Ketika Remaja Dahulu? Anda Patut Cuba produk Ini, 100% Natural Dan Lulus KKM & Serta Halal Jakim

Kelakian | Kesihatan | Tenaga
Jika anda mengalami masalah kesuburan atau Lemah Tenaga ‘Dalaman’ , anda boleh mengamalkan suplement herba akar kayu seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga. Herba Alpha Capsule dari Global M-Prolabs Sdn Bhd diakui ramai dapat meningkatkan kesuburan lelaki sepantas 14 hari sahaja. Mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga diperakui Halal oleh JAKIM.

 

Untuk info lanjut mengenai Alpha Capsule, sila KLIK DI SINI