Tidak Menjaga Kesihatan Undang Masalah Mati Pucuk


- 18 Feb 16
View 881 : Today 1

Sedikit tips untuk mengelakkan masalah mati pucuk. Ambil tindakan sekarang, masih belum terlambat.

Advertisement

“Jangan ambil jalan mudah untuk kurus dengan menggunakan produk yang tiada kajian saintifik serta tidak diketahui kandungannya.

“Walaupun pengguna boleh melihat perubahan dengan cepat, produk mengandungi bahan terlarang boleh memberi kesan terhadap hati, jantung dan buah pinggang.

“Kita tidak akan dapat lihat perubahan mendadak dengan bersenam. Proses membakar lemak dan membentuk otot mengambil masa.

“Kebanyakan orang berhenti bersenam dan hilang semangat kerana kecewa apabila tidak melihat perubahan fizikal, sama ada bentuk atau berat badan.

“Perubahan fizikal ini boleh dilihat jika anda melakukan senaman dengan betul. Senaman anda perlu ada beberapa komponen iaitu ketahanan, kekuatan dan keanjalan.

“Anda juga perlu melakukan senaman aerobik (dilakukan tanpa henti selama 20 hingga 30 minit) untuk meningkatkan kekuatan jantung,” katanya.

Meskipun kita tidak melihat perubahan fizikal, badan kita sebenarnya mendapat kesan positif daripada senaman dilakukan.

Ini termasuk pemecahan lemak, otot menjadi lebih kuat dan anjal, tekanan darah dan paras gula dalam darah menurun, keseimbangan badan meningkat dan fikiran berasa lebih tenang.

“Senaman yang dibuat pula mesti ada peningkatan daripada segi masa dan halangan; bukan sebaliknya. Ramai orang mahu kesan cepat dengan melakukan senaman selama mungkin pada kali pertama. Akibatnya mereka berasa sakit badan dan berhenti bersenam.

“Jika minggu pertama anda berjoging selama 20 minit setiap hari, tingkatkan kepada 30 atau 40 minit pada minggu kedua.

“Hanya dengan cara ini anda boleh melihat perubahan diharapkan. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Lakukan senaman mengikut kemampuan masing-masing.

“Selain itu, ajak anak bersenam bersama. Berdasarkan pemerhatian saya, hampir 50 peratus kanak-kanak sekolah rendah di negara kita ada masalah berat badan berlebihan kerana tidak diajar kepentingan senaman.

“Lebih menyedihkan, ada sekolah menggunakan waktu pendidikan jasmani untuk mata pelajaran lain,” katanya.

Menurut Ani Mazlina, ada banyak cara untuk meningkatkan aktiviti fizikal, sama ada di rumah atau pusat beli-belah. Antaranya ialah:

  • Ajak anak berjalan di kawasan perumahan pada waktu pagi atau petang; sekurang-kurangnya 20 minit sehari.
  • Lakukan kerja rumah bersama-sama, termasuk mencuci kereta atau membersihkan halaman.
  • Temani anak bermain di taman permainan, dan manfaatkan waktu ini dengan berjalan mengelilingi taman berkenaan beberapa kali.
  • Turun naik tangga di rumah beberapa kali sehari. Tingkatkan kekerapan selepas beberapa sesi.+Gunakan tangga apabila mengunjungi pusat beli-belah.
  • Sertai program sukan di tempat anda.
  • Ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan banyak senaman seperti berjalan setempat, tekan tubi, bangun tubi, berbaring sambil membuat pergerakan seperti mengayuh basikal atau mengangkat dumbel.

“Kalau anda tiada masa untuk bersenam selama 30 minit pada satu masa, pecahkan ia kepada beberapa sesi. Badan kita ada ‘memori’ untuk menyimpan jumlah senaman yang kita lakukan pada satu hari.

 

baca juga: Anda Sudah Berkahwin? Artikel Ini Mungkin Menarik Untuk Anda!

Advertisement