5 Langkah Mudah Atasi Lemak di Perut dengan Hanya Berbaring!

 

5 Langkah Mudah Atasi Lemak di Perut dengan Hanya Berbaring!

Pernah tak rakan sepejabat atau sesiapa dikalangan kita membuat teguran atau berkata sinis seperti “Mamat ni mesti dah berkahwin, sebab tu lah perut dia buncit atau boroi”.

Jangan salahkan wanita jika mereka terlebih dulu melihat perut anda kemudian baru melihat wajah anda. Jika wanita mempunyai aset untuk dijaga lelaki juga tidak terlepas. Jangan ambil mudah dan mudah apabila perut mula membuncit ke depan. Ingat! jumlah lemak yang banyak akan menyumbang kepada penyakit berbahaya!

Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit sehingga ada yang menawarkan kos yang tinggi. Namun, dengan langkah-langkah ini, anda dapat menghilangkan lemak di perut walaupun ketika berbaring:

knee-up-crunch

 

  1. Knees Up Crunch

Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke atas. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan hasil yang paling cepat kelihatan.

crisscross

  1. Crisscross

Senaman ini dilakukan dengan berbaring dan meluruskan kaki ke hadapan dan mengangkatnya sedikit, kemudian kedua belah kaki digerakkan atas ke bawah berulang-ulang. Ia dapat menghilangkan lemak bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut.

cross-crunch

  1. Cross Crunch

Senaman yang mengutamakan kekuatan atas perut dan sisi bahagian perut dengan cara mensilangkan satu kaki pada lutut kaki yang di gunakan sebagai sokongan dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke arah silang kaki tersebut.Senaman ini hampir sama dengan knee crunches tetapi ada sedikit penambahan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas.

leg-lower

  1. Legs Lower

Senaman yang mengutamakan kekuatan bawah dan tenga perut. Pelbagai cara kaedah senaman legs lower ini boleh di lakukan. Dengan cara kita bergantung dan kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita, dengan cara berbaring kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita sehingga 90 darjah ataupun dengan cara berbaring kemudian mengangkat hanya sebelah kaki sahaja.flutter-kicks
       5.Flutter Kicks

Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ianya mudah sebagai permulaan bagi mengerakkan pergerakan keseluruhan otot perut boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.Dengan membangunkan sedikit badan ke atas kemudian angkat kaki seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidaklah perlu laju atau terlalu perlahan, cukup seperti anda berenang sudah memadai.