Rasai Percutian Seperti Luar Negara Di Tadom Hill Resort


- 23 Feb 16
View 1,541 : Today 1

Melihat warna kehijauan air di salah sebuah bekas lombong di Banting, ia amat menakjubkan dan seolah-olah anda berada di sebuah kepulauan yang indah.

Advertisement

Untuk merasa kelainan dalam percutian anda, bolehlah datang ke Tadom Hill Resorts. Anda akan rasa seperti berada di hutan yangsering dilihat diluar negara. Nyaman, sejuk, ketenangan dan kedamaian, semuanya boleh didapati di sini.

Ia menjadi trending di media sosial dek kerana keindahan alam semulajadi, antara penarik utama pengunjung yang ingin datang ke situ.

Selain berkhemah, pengunjung boleh mandi-manda di tasik berkenaan serta melakukan aktiviti lasak yang lain. Malah Tadom Hill juga turut menjadi tumpuan warga asing dari luar negara untuk beriadah di tempat berkenaan.

tadom-hill-resorts-2

Lokasinya hanya 12 minit dari KLIA manakala 45 minit dari Bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat 3 jenis pakej ‘tempat tinggal’ yang ditawarkan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Vip Bamboo Hut.

Aktiviti berkhemah memang bagus dijalankan di sini sambil mengkaji alam. Selain berkhemah, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Keunikan dan kecantikan Tadom Hill Resorts ini menjadi tarikan pengunjung.

Tadom Hill Resorts merupakan kawasan perkhemahan dan riadah ‘wajib’ pergi buat mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi.

Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini difahamkan baru dibuka dan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.

Advertisement