Punca Sakit Lutut yang Perlu Anda Tahu!

Aduh!! Sakitnya lutut aku!! Luahan yang sering kita dengar apabila seseorang ingin mengubah posisi dari duduk kepada berdiri atau sebaliknya. Masalah sakit lutut ini berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira tua mahupun yang muda dan tidak mengenal jantina.

Sakit lutut ini melibatkan struktur tulang daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Masalah ini menyebabkan kualiti hidup kita terjejas dan mendatangkan perasaan tidak selesa untuk melakukan aktiviti seharian seperti berjalan, bekerja dan menunaikan ibadah.

Antara punca-punca utama sakit lutut:

1. Patah

Hentakan kepada struktur bertulang yang boleh menyebabkan salah satu tulang di bahagian lutut pecah. Patang/retak tulang dibahagian lutut akan menjejaskan fungsi lutut serta mendatangkan kesan menyakitkan ketika menampung berat.

2. Kecederaan Ligamen

Lebih dikenali sebagai kecederaan ACL (anterior cruciate ligamen) yang sering berlaku kepada atlet sukan.

3. Obesiti

Berat badan yang berlebihan menyebabkan tekanan bertambah kepada sendi lutut, juga boleh meningkatkan risiko tulang rawan cepat rosak (Osteoartritis).

4. Pergerakan Berulang Secara Berlebihan

Melakukan aktiviti kardio seperti berlari dengan begitu kerap dan berlebihan atau bekerja dalam keadaan melutut dalam tempoh yang lama juga mengakibatkan kerosakan pada tulang rawan dan menyebabkan kesakitan pada anggota lutut.

Leave A Reply